Wednesday, 24 April 2019

Malaysia: Speaker Nga berang dituduh hina TMJ


Timbalan Speaker Dewan Rakyat berang apabila namanya dikaitkan dengan satu hantaran berbentuk penghinaan ke atas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang tular di media sosial.

Kata Nga, apa yang dipaparkan itu adalah satu fitnah untuk memburuk-burukkan namanya.

“Fitnah! Ini betul-betul berniat jahat dan taktik kotor,” katanya.

Nga juga memberitahu Malaysiakini beliau akan mengarahkan pembantu peribadinya membuat laporan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Anggota parlimen Teluk Intan itu juga berkata tindakan undang-undang akan diambil ke atas dalang yang membuat hantaran palsu berkenaan.

Terdahulu Nga merujuk kepada satu imej tangkap layar yang kononnya dimuat naik di akaun Facebooknya dan memaparkan gambar menghina Tunku Ismail.

Gambar itu muncul sehari selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Undang-undang Tubuh Johor dan Terengganu terbatal dengan wujudnya Perseketuan Tanah Melayu.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Najib sendiri benarkan Nik Faisal yang lari urus akaun bank – Saksi

KLIK BACA: Mahathir tak boleh kata perlembagaan Johor batal sebab bertelagah dengan Sultan – Khaled Nordin

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Speaker Nga berang dituduh hina TMJ appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment