Thursday, 25 April 2019

Malaysia: Shafee: RM9.5 juta Najib bagi pinjam


Shafee Abdullah dikenakan 4 tuduhan pengubahan wang haram. – Foto The Malaysian Insight

Peguam terkenal yang dikaitkan dengan Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dituduh terlibat pengubahan wang haram, berkata RM9.5 juta yang diterima pada 2013 dan 2014 daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijadikan pinjaman untuk membeli hartanah.

Shafee turut berkata beliau tidak pernah meminta bayaran daripada parti Umno untuk khidmat guamannya selama ini.

“Saya hanya bertanya pada 2013 kerana saya perlu membeli hartanah untuk membantu rakan.

“Wang itu diberikan kepada saya sebagai pendahuluan atau pinjaman, sehingga saya merasionalisasi pengebilannya,” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian di luar mahkamah selepas selesai pendengaran 4 petuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Shafee urut mempersoalkan pendakwaan dan berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya memanggil Najib sebagai saksi untuk menjawab berkenaan RM9.5 juta itu.

Menurut fakta pendakwaan, Shafee dituduh menerima bayaran sebanyak RM4.3 juta dan RM5.2 juta antara Ogos 2013 dan Januari 2014.

Beliau juga dituduh membuat pengisytiharan palsu [mengelak cukai] kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi jumlah yang sama antara Mac dan Jun 2015.

Sebelum ini, Anwar mendedahkan kandungan afidavit seorang pegawai di Jabatan Peguam Negara, yang mengesahkan Najib memasukkan RM9.5 juta ke dalam akaun bank Shafee.

Untuk rekod, Shafee dilantik khas oleh kerajaan untuk mengetuai rayuan terhadap kes liwat II Anwar. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Najib mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

The post Shafee: RM9.5 juta Najib bagi pinjam appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment