Monday, 22 April 2019

Malaysia: Setengah bilion wang DBKL berjaya PH selamatkan – Khalid Samad


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah dapat menyelamatkan hampir setengah bilion ringgit wang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad hari ini.

Beliau berkata ini dilakukan melalui rundingan semula 97 transaksi tanah di ibu negara, sekali gus menambah pendapatan DBKL dengan tepat sebanyak RM481 juta.

Beliau berkata ia merupakan antara kejayaan utama kementeriannya dalam tempoh setahun sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Barisan Nasional.

Menurut laporan media sebelum ini, rundingan semula itu diadakan susulan ada kes transaksi tanah yang dibuat tanpa melalui tender terbuka dan ada kes tanah dijual di bawah harga pasaran semasa pentadbiran BN.

Tambahan pendapatan itu diperoleh dalam bentuk tunai dan nilai tanah, antaranya termasuk lima transaksi tanah yang dirunding di luar mahkamah dan mendapat bayaran balik dalam bentuk infrasturktur, kata menteri itu dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini sempena setahun PH mentadbir negara. – Bernama | Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Setengah bilion wang DBKL berjaya PH selamatkan – Khalid Samad appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment