Monday, 22 April 2019

Malaysia: Selepas kalah, Umno mahu beri Sabah beri kuasa autonomi


Presiden Umno Mohamad Hasan dan Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir juga sedang mengukuhkan kedudukan Bersatu di Sabah. – Foto Astro Awani

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan parti itu akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi melakukan beberapa pindaan perlembagaan termasuk memberi kuasa autonomi sepenuhnya kepada Umno Sabah.

Melalui pindaan perlembagaan itu, Umno Sabah diberi kuasa penuh dan dapat membuat keputusan tanpa perlu merujuk Umno pusat.

Mesyuarat agung luar biasa [EGM] itu akan diadakan serentak dengan perhimpunan agung parti yang dijadualkan pada 13 hingga 16 Nov nanti.

“Pindaan perlembagaan juga antara lain untuk memberi kuasa autonomi sepenuhnya kepada Umno Sabah, ia sesuai dengan situasai politik kini,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur semalam.

Umno melakukan beberapa pembaharuan selepas kekalahan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, selepas lebih 60 tahun menguasai kerajaan.

Autonomi untuk Umno Sabah antara tuntutan yang dikemukakan selepas parti itu turut gagal mempertahankan kemenangannya di Sabah.

Keputusan untuk memberi kuasa autonomi penuh dipersetujui oleh MT Umno demi kelangsungan parti itu di Sabah.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Selepas kalah, Umno mahu beri Sabah beri kuasa autonomi appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment