Saturday, 20 April 2019

Malaysia: Saya bimbang media tak lapor perbicaraan dengan benar – Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan rasa bimbang sekiranya laporan media mengenai perbicaraan kes SRC International yang dihadapi beliau tidak dilaporkan secara tepat.

Justeru itu, bekas perdana menteri tersebut meminta kerajaan supaya menyiarkan proses perbicaraan tersebut secara langsung sama ada melalui Facebook Live atau YouTube.

“Saya bimbang bahawa laporan-laporan media yang dikawal kerajaan tentang kes saya sehingga ini tidak memberi gambaran sebenar kepada Rakyat.

“Rakyat ada hak untuk mengetahui kebenaran dan mendapat ketelusan.

Saya sekali lagi menyeru kerajaan untuk membuat siaran langsung kes ini melalui FB live atau YouTube,” katanya di laman Facebook rasmi beliau.

Dalam pada itu, bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil mempertahankan tindakannya memuat naik rakaman transkrip video (CRT) perbicaraan bekas bossnya itu dengan mengatakan ianya tidak melanggar sebarang undang-undang.

Tegasnya, arahan am oleh mahkamah hanya melibatkan rakaman peribadi dan rakaman siaran langsung yang tidak mendapat kelulusan.

Katanya, video yang dimuat naik olehnya semalam adalah bukan siaran langsung ataupun rakaman peribadi.

Ia merupakan rakaman oleh mahkamah melalui CRT dan bukannya pihak lain.

Tambahnya, transkrip video CRT oleh mahkamah adalah berbeza dengan rakaman peribadi.

Susulan tindakannya itu, beberapa ahli Pakatan Harapan berhasrat untuk membuat laporan polis terhadap beliau.- – Majalah Review Malaysia

KLIK VIDEO: Najib tengking tepis polis di luar mahkamah

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Saya bimbang media tak lapor perbicaraan dengan benar – Najib appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment