Tuesday, 30 April 2019

Malaysia: Santamil Selvi heret Shafee, Azeez ke mahkamah


Santamil Selvi saman Shafee Abdullah dan Azeez Rahim berkaitan perbicaraan kes Altantuya. – Foto The True Net

Balu mendiang penyiasat pribadi P Balasubramaniam yang lebih dikenali sebagai PI Bala, mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi memulakan perbicaraan kes menghina mahkamah terhadap peguam Muhammad Shafee Abdullah, Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim dan Dr S Ganesanathan.

Portal Free Malaysia Today melaporkan, peguam, Americk Sidhu yang mewakili A Santamil Selvi berkata, hakim Azimah Omar memberi kebenaran memulakan prosiding itu ke atas 3 individu terbabit kerana tidak menghormati mahkamah.

Santamil memfailkan permohonan itu pada 31 Oktober lalu, mendakwa 3 responden terbabit menghalang ahli perniagaan, Deepak Jaikishan daripada disoal balas mengenai satu afidavit yang dikemukakan bersama pernyataan pembelaan dalam saman Santamil.

Santamil mendakwa Shafee yang mewakili Deepak dalam kes itu, secara sengaja salah memaklumkan mahkamah yang Deepak tidak dapat hadir ke mahkamah kerana sakit.

Portal FMT melaporkan prosiding itu yang sepatutnya didengar Hakim Hue Siew Kheng yang bersara 19 Mac 2018, ditunda ke 27 Mac dan sekali lagi ke 13 April selepas Shafee menyerahkan laporan perubatan Deepak yang dikeluarkan Ganesanathan.

Santamil turut mendakwa Deepak membuat satu laporan polis berkata, Shafee, Azeez dan doktor itu berkomplot untuk mengelakkan dia menghadiri prosiding mahkamah dengan mengemukakan laporan perubatan palsu.

Dalam afidavit yang difailkan bersama permohonan itu, Santamil mendakwa Deepak dihalang menghadiri prosiding mahkamah sebagai cubaan menghalang Deepak daripada memberitahu perkara sebenar mengenai pembabitan bekas perdana menteri, Najib Razak yang dinamakan sebagai defendan dalam samannya.

Santamil dan 3 anaknya – Kishen, Menaga dan Reeshi mendakwa mereka berpindah ke India susulan akuan sumpah ke-2 yang dibuat Bala berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mereka yang terpaksa tinggal di India selama 56 bulan sejak 4 Julai 2008 menuntut ganti rugi RM840,000, termasuk kos menyewa sebuah pangsapuri di Chennai, India, yuran persekolahan dan hilang punca pendapatan sebagai guru tadika, selain pinjaman perumahan, kos pengangkutan, ganti rugi am dan khas serta kos lain.

Bala ialah saksi utama dalam perbicaraan kes bunuh Altantuya pada 2006.

Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac 2013, beberapa minggu selepas pulang dari India. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post Santamil Selvi heret Shafee, Azeez ke mahkamah appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment