Monday, 22 April 2019

Malaysia: PRK Sandakan: Umno tak bertanding sebab tak pernah tanding disitu – Mohamad Hasan


Umno tidak bertanding pilihan raya kecil (PRK) Sandakan bulan depan kerana Umno tidak pernah bertanding di kerusi Parlimen itu.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata demikian pada mesyuarat majlis tertinggi BN akan bermesyuarat malam ini.

“MCA dan MIC akan beri cadangan sama ada mahu hasrat atau berminat letakkan calon di PRK Sandakan,” katanya selepas mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Kerusi Sandakan kosong berikutan kematian penyandangnya, Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong pada 28 March lalu.

Penamaan calon ditetapkan pada 27 April depan dan hari mengundi pada 11 Mei.

Parlimen Sandakan mempunyai seramai 39,777 pengundi yang terdiri daripada 49% Cina, 44% Bumiputera Islam dan 6% Bumiputera bukan-Islam.

Mohamad turut memaklumkan, Perhimpunan Agong Umno 2019 akan diadakan pada 13 hingga 16 November ini.

Mohamad juga berkata akan memberi kuasa autonomi kepada Umno Sabah untuk parti itu mengurus partinya sendiri.

Mohamad berkata Umno akan menyambut ulang tahun parti itu yang ke-73 pada 11 Mei ini dalam kadar sederhana.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post PRK Sandakan: Umno tak bertanding sebab tak pernah tanding disitu – Mohamad Hasan appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment