Wednesday, 17 April 2019

Malaysia: Polis tampar lelaki sampai pekak, Kerajaan diperintah bayar pampasan RM120,400


KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia selaku defendan membayar ganti rugi RM120,400 keatas seorang buruh, Mohd Faizu Ramli, 32, yang pekak telinga kiri kerana ditampar anggota polis empat tahun lalu, lapor Astro Awani.

Tuntutan ganti rugi am itu atas kecederaan di bahagian telinga kiri yang dialami akibat ditampar defendan pertama, Lans Koperal Mohd Erman Ahmad.

Selain itu ganti rugi teladan RM120,000, ganti rugi khas RM400 dan faedah atas jumlah penghakiman sebanyak lapan peratus setahun.

Perintah dikeluarkan Hakim Mohd Rosly Muhammad Nawi.

Mohd Faizu menyaman Mohd Erman sebagai defendan pertama, Ketua Polis Daerah Tumpat sebagai defendan kedua dan Kerajaan Malaysia defendan ketiga.

Saman dikemukakan pada 14 Mei 2018 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Pihak kerajaan diwakili oleh Peguam Persekutuan Nik Nor Adila Zaidan, manakala Mohd Faizu oleh peguam Shaharuddin Mohamad.

Dalam kejadian 17 April 2015, Mohd Faizu yang mendengar bunyi riuh di atas rumah bapanya, bertemu dengan Lans Koperal Mohd Erman Ahmad (plaintif pertama) untuk bertanya tujuan serbuan pihak polis tetapi kemudian dituduh cuba mengganggu tugas anggota polis dan ditampar di telinga kiri.

Tamparan kuat itu menyebabkan telinga kiri Mohd Faizu cedera dan berdarah sehingga mengalami masalah pendengaran.

Mohd Faizu yang ditemui menyatakan masih kurang pendengaran dengan keadaan telinga berdegung dan perlu menjalani rawatan dari semasa ke semasa. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Polis tampar lelaki sampai pekak, Kerajaan diperintah bayar pampasan RM120,400 appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment