Sunday, 14 April 2019

Malaysia: Polis tahan dua lelaki periksa MPV polis di Rantau


Polis menahan dua daripada lima individu yang disyaki memeriksa kereta peronda polis (MPV) di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata kedua-dua mereka ditahan kira-kira 12 tengah hari tadi di lokasi berasingan.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan berhubung tindakan menghalang tugas penjawat awam pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, petang Sabtu.

“Individu pertama yang bekerja sebagai jurujual kenderaan berusia 52 tahun ditahan di sebuah rumah di Seremban manakala seorang lagi yang bekerja sebagai pemandu lori berusia 36 tahun, ditahan di Rantau.

Polis juga kini sedang giat memburu tiga lagi suspek yang masih bebas. ,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pada Sabtu, dalam kejadian kira-kira 6 petang di hadapan SJKC Chung Hua, lima lelaki bertindak memeriksa kereta MPV kerana mendakwa anggota polis membawa lebihan kertas undi dan sebaik bonet MPV dibuka hanya peti ubat dan kon keselamatan ditemukan.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini berkata PKR memandang serius beberapa dakwaan salah laku atau pelanggaran undang-undang sewaktu PRK DUN Rantau, termasuk dakwaan penggeledahan kereta polis dan pergaduhan di luar Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH).

Katanya perkara-perkara berkenaan akan dibawa ke perhatian Lembaga Disiplin parti untuk siasatan segera.

“Sekiranya didapati sebarang tindakan telah dilakukan oleh mana-mana anggota KEADILAN (PKR) yang melanggar tata etika dan disiplin parti, maka tindakan tegas akan diambil terhadap anggota tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Polis tahan dua lelaki periksa MPV polis di Rantau appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment