Sunday, 21 April 2019

Malaysia: Penjawat awam harus akur kerajaan PH bukan Najib atau BN – Khalid Samad


Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad mengingatkan penjawat awam menerima hakikat mereka kini berkhidmat dengan ‘ketua’ yang baharu dalam kerajaan Pakatan Harapan bukan lagi Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kerajaan Pakatan Harapan kini dalam fasa pembaharuan selepas lebih 60 tahun pemikiran penjawat awam dibentuk oleh cara kepimpinan kerajaan BN terdahulu.

“Ramai antara orang Amanah merungut, marah dan kecewa kenapa penjawat awam yang masih sokong kerajaan terdahulu tidak dipecat atau rombak semua..

“…kenapa KSU (Ketua Setiausaha) orang UMNO,..kenapa tak lantik orang kita?,” katanya seperti dilapor MalaysiaGazette semasa berucap di Sepetang bersama Pimpinan Amanah di sini hari ini.

Khalid mengakui beliau memahami keluhan dan kemarahan penyokong dan ahli Amanah serta PH yang mengecam pemimpin pemimpin parti mereka yang menang PRU-14 sudah lupa daratan dan selesa dengan jawatan sendiri tetapi penyokong bawahan tidak mendapat habuan.

Tambahnya lagi, bukan mudah untuk mengubah budaya kerja yang diinginkan PH dalam kalangan penjawat awam kerana selama 60 tahun sehingga 9 Mei lalu mereka dicaturi pemikiran rejim UMNO-BN.

Menurutnya, penjawat awam bersifat ‘daulah terpendam’ iaitu golongan dalam kerajaan yang masih menyokong kerajaan lama dan tidak yakin polisi kerajaan baharu tetapi tidak menentang secara terbuka malah melengah-lengahkan kerja yang diarahkan kerajaan.

Khalid juga mengingatkan ahli parti supaya berhenti mempertikai pimpinan dan kerajaan kerana ia hanya akan memenangkan pembangkang dan  bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ingatlah walaupun Najib tidak mentadbir kerajaan, dia dapatkan nasihat pakar terbaik sekali dengan kemampuan kewangan yang dimilikinya untuk menangani situasi yang dihadapinya sekarang serta cara menyekat perubahan yang diusahakan PH.

“Jangan ingat, pemimpin kita sudah lupa reformasi perjuangan selepas menang. Itu tidak benar, kita sebenarnya masih dalam fasa perubahan ‘bertarung’ dengan golongan daulah terpendam ini.

“Kalau ahli dan penyokong mula pertikai pimpinan dalam PH sendiri dan merasa yakin bahawa pemimpin hilang hala tuju, sudah lupa perjuangan apa yang dilakukan ahli-ahli penyokong sebagainya, maka matlamat di sebalik strategi Najib, golongan daulah terpendam itu tercapai nanti,” tegasnya.

“Kritikan dan hentaman terhadap kerajaan PH sendiri tanpa memeriksa kesahihan hanya akan membantu Najib dan menyakiti kakitangan awam dan kerajaan tidak akan bertahan lama.

“Ia akan menambah ketakutan mereka apa nasib nanti jika kerajaan PH ini yang didakwa sepenggal oleh pembangkang dan Najib menjadi nyata dan tindakan BN jika kembali bentuk kerajaan nanti.

“Sebab itulah kita kena menerapkan budaya, nilai dan dasar pentadbiran PH terhadap kakitangan tanpa paksaan dengan memberi penjelasan,” tambahnya lagi. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak ada isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Penjawat awam harus akur kerajaan PH bukan Najib atau BN – Khalid Samad appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment