Thursday, 25 April 2019

Malaysia: Pendakwa mohon Rosmah isytihar harta dalam kes pengubahan wang haram


Isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor didakwa gubah wang haram dan lari cukai. – Foto Astro Awani

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 10 Mei untuk mendengar permohonan pendakwaan supaya isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengisytiharkan perolehan hartanya dalam kes pengubahan wang haram.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu semasa sebutan semula kes itu di hadapannya yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar dan peguam Geethan Ram Vincent, yang mewakili Rosmah, 67.

Pada 4 Okt 2018, Rosmah yang juga diwakili peguam Manjeet Singh Dhilion dan K Kumaraendran mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan 5 pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – Bernama | Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Najib jadi mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

The post Pendakwa mohon Rosmah isytihar harta dalam kes pengubahan wang haram appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment