Malaysia: Orang kalah diam kata Tun M bila Umno cadang Muhyiddin jadi MB Johor

Tun Dr Mahathir  menolak gesaan Umno Johort supaya memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar menggantikan Osman Sapian, – Foto TMI

Tun Dr Mahathir Mohamad menolak cadangan Umno Johor yang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri besar Johor seterusnya.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebaliknya berkata hal itu terpulang kepada parti yang menang untuk memutuskan siapa yang bakal ganti Datuk Osman Sapian.

“Parti menanglah pilih MB (Johor), bukan pihak yang kalah. Orang kalah diamlah,” kata perdana menteri seperti dilapor Malay Mail yang merujuk kenyataan media Umno negeri.

Muhyiddin, presiden PPBM yang juga menteri dalam negeri adalah bekas menteri besar Johor ketika pentadbiran Barisan Nasional.

Kerusi menteri besar Johor kosong selepas Osman meletak jawatan Isnin lalu. Selain Muhyiddin, empat exco disebut-sebut sebagai pengganti. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

The post Orang kalah diam kata Tun M bila Umno cadang Muhyiddin jadi MB Johor appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments