Saturday, 20 April 2019

Malaysia: Orang awam tahan polis trafik tular


Selepas kejadian mengejutkan pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau 13 April lalu di mana anggota polis peronda MPV ditahan penyokong Pakatan Harapan, perkara sama turut tular di media sosial membabitkan sekumpulan orang awam dengan seorang anggota polis trafik bermotosikal.

Dalam klip video berdurasi 59 saat yang tular di media sosial sejak semalam, seorang anggota polis trafik bermotosikal ditahan sekumpulan lelaki di satu kawasan yang tidak dinyatakan lokasi dan waktu, untuk membuat pemeriksaan.

Anggota polis itu dilihat akur dengan desakan kumpulan lelaki terbabit yang memaksanya membuka tempat simpanan pada motosikal berkuasa tinggi berkenaan.

Dalam kejadian pada waktu malam itu, tidak ada ‘barang’ disyaki oleh kumpulan lelaki terbabit dibawa oleh anggota polis berkenaan yang kemudian dilepaskan pergi.

Bagaimanapun sumber polis memberitahu MalaysiaGazette, kejadian itu berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei tahun lalu di satu lokasi di Johor Bahru, namun tidak ada sebarang kenyataan dibuat pihak berkuasa berhubung kejadian.

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Orang awam tahan polis trafik tular appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment