Thursday, 18 April 2019

Malaysia: Najib tuduh kerajaan PH bayar tentera siber


Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah meluluskan peruntukan untuk melatih lebih ramai tentera siber berikutan kekalahan dalam PRK Rantau.

Dalam hantaran Facebook pagi tadi, Najib yang memetik sumber mendakwa PH memutuskan untuk menguatkan ‘tentera siber’ mereka kerana menganggap keadaan sudah kritikal.

“Mengikut sumber, antara laman Facebook sasaran utama untuk diserang oleh skuad 10k ini adalah laman saya dan laman media kerana Facebook pemimpin mereka kurang mendapat sambutan.

“Bagaimanapun saya yakin bahawa rakyat tidak mahu ditipu lagi,” katanya di laman Facebook beliau.

Najib dipercayai sedang membina perisai persepsi dan cuba mengalih isu memandangkan minat terhadap perbicaraannya meningkat di media sosial dan taktik yang digunakan adalah menuduh semua komen pengkritik terhadapnya dilakukan oleh mereka yang dibayar.

Najib sedang dibicarakan untuk tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan salah guna kuasa berkenaan SRC International berjumlah RM42 juta. – Majalah Review Malaysia

KLIK VIDEO: Najib tengking tepis polis di luar mahkamah

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Najib tuduh kerajaan PH bayar tentera siber appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment