Saturday, 27 April 2019

Malaysia: Muhyiddin jantan undur diri BERSATU tak goyang – Tamrin Tun Ghaffar Baba


Tamrin mendakwa Muhyiddin bercita-cita menjadi Perdana Menteri dan menggunakan Tun Mahathir sebagai batu loncatan. – Foto Free Malaysia Today

oleh Tamrin Tun Ghaffar Baba

Mungkin pada awal ini BERSATU akan goyang jika sekiranya Muhyiddin secara gentleman mengundurkan diri dari arena politik tetapi umum khasnya penyokong-penyokong di Johor yakin BERSATU akan lebih kuat dan mantap jika ‘gigi yang dah goyang dan bernanah itu dicabut segera’.

1. ‘Kingdom Can Change But Behaviour Will Never Change’, dalam erti kata lain ia bermaksud perangai seseorang itu tidak berubah walaupun Kerajaan sudah pun berubah.

2. Bukan tujuan penulisan ini hendak memperlekeh mereka yang telah diberi nafas baru, ia sekadar mengingatkan supaya berubah dan bersyukur.

3. Jangan ulangi perangai buruk lagi seperti yang pernah dilakukan semasa bersama UMNO dahulu.

4. Dari awal penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau BERSATU, Muhyiddin Yassin memang TIDAK bersetuju Tun memainkan peranan penting dalam parti tersebut.

5. Cadangan awal Muhyiddin ialah setakat meletakkan Tun sebagai Penasihat BERSATU saja BUKAN sebagai Pengerusi.

6. Beliau hanya mahu menggunakan Tun sebagai patung sahaja dan apabila menang maka dialah akan jadi Perdana Menteri ( PM ), bukan Tun.

7. Apabila diangkat sebagai PM berkemungkinan besar pengampunan terhadap Anwar seperti yang dilakukan oleh Tun tidak akan dilaksanakan – tanpa pengampunan Anwar TIDAK boleh memegang sebarang jawatan pun seperti Presiden PKR, apatah lagi sebagai Ahli Parlimen selama 5 tahun.

8. Rancangan beliau tergendala apabila Tun bertekad mahu aktif bukan sahaja menurunkan Najib tapi mahu membaik pulih ekonomi dan sistem pentadbiran negara yang telah dipunahkan oleh Najib dan pemakan – pemakan dedaknya.

9. Apakah ketika itu, beliau yang jarang sekali mengenali pemimpin pada peringkat akar umbi begitu yakin boleh mengalahkan UMNO/BN tanpa Tun?

10. Berkali-kali pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim pun tidak berjaya mendapat sokongan pengundi Melayu, inikan pula Muhyiddin.

11. Realitinya TANPA Tun (dan dengan izin ALLAH SWT ) UMNO/BN dengan ‘Cash is Kingnya’ akan terus berkuasa sehingga kini dan selama-lamanya.

12. Saya mula mengenali beliau semasa bersama dalam Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia suatu ketika dahulu.

13. Sejarah politik Muhyiddin bermula di Pagoh, Johor.

14. Osman Saat (Al-fatihah), mantan Menteri Besar Johor yang juga selaku Ketua UMNO Bahagian ketika itu merupakan orang yang mula-mula bertanggungjawab mendidik beliau sehingga diangkat sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

15. Ekoran itu beliau bertanding dan menang sebagai Ahli Parlimen Pagoh dan dilantik oleh Tun Dr. Mahathir sebagai Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan akhirnya sebagai Menteri.

16. Atas cadangan Musa Hitam, beliau sanggup mengalahkan Osman Saat sebagai Ketua Bahagian Pagoh; tak ubah seperti pepatah ‘Kacang Lupakan Kulit’, ‘Dah Menyeberang Tongkat Di Buang’.

17. Mulai 1986 sehingga 1995, beliau memegang jawatan Menteri Besar Johor menggantikan Abdul Ajib Ahmad (Al-fatihah) yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Musa Hitam (Tun).

18. Pada zaman beliau sebagai Menteri Besar Johor berbagai perkara berlaku; antaranya isu pengambilan Mount Austin Estate yang diberi kepada Syed Mokhtar, Perjanjian Air antara Johor dan Singapura malah ketika itu rata-rata rakyat Johor mengatakan hanya tanah kubur sahaja yang beliau tak boleh diusik.

19. Bukankah Muhyiddin yang mengeluarkan kenyataan di Singapura mencadangkan Abdullah (Dollah) Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri lebih awal sedangkan ketika itu beliau adalah anggota Kabinet Dollah?

20. Ekoran peletakan jawatan Dollah, Najib melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

21. Memandangkan tekanan terhadap Najib atas isu 1MDB seperti ombak yang terus membadai pantai akhirnya beliau bersuara menentang Najib.

22. Najib tidak ada pilihan melainkan memecat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan semua jawatan dalam UMNO.

23. Sama ada beliau benar-benar ikhlas atau ‘Menangguk Di Air Keruh’ Wallahhualam !!

24. Oleh kerana Tun selaku Pengerusi BERSATU terlalu sibuk berkempen di seluruh negara, Muhyiddin dipertanggungjawab menyusun parti, ini termasuk memilih calon-calon dalam PRU-14 lalu.

25. Pada masa inilah beliau meletakkan ‘orang-orangnya’ bertanding; dari 54 Kerusi Parlimen, BERSATU hanya menang 13 Kerusi sahaja.

26. Perlantikan Menteri-Menteri dan Menteri Besar Johor adalah hasil pengesyoran Muhyiddin kepada Tun selaku Perdana Menteri.

27. Oleh kerana tidak perform Osman Sapian digantikan dengan Dr. Sahruddin Jamal yang baru dilantik.

28. Walaupun persetujuan telah dicapai antara Perdana Menteri, Muhyiddin dan Menteri Besar yang baru iaitu mengkekalkan barisan Exco, namun tanpa pengetahuan Tun, beliau dan MB telah bertindak menggugurkan 2 orang Exco yang telah menang dengan majoriti yang besar.

29. i. Tan Hon Pon ADUN Skudai menang dengan majoriti terbanyak 35,126 undi.

ii. Mazlan Bujang ADUN Puteri Wangsa menang dengan majoriti 24,959.

Kedua-dua mereka telah diganti sebagai Exco dan Osman Sapian mantan MB dengan:-

i. Solihan Badri ADUN Tenang yang menang dengan majoriti 1,070 undi.

ii. Dr. Sahruddin Jamal ADUN Bukit Kepong menang dengan majoriti 1,273 – MB yang baru.

iii. Tosrin Jarvanti ADUN Bukit Permai yang menang dengan majoriti 2,531 undi.

30. Muhyiddin TIDAK BOLEH mengatakan kepada Perdana Menteri yang beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh Dr. Sahruddin, MB yang baru ini berhubung pengguguran 2 orang Exco itu sedangkan dia memang diketahui tidak senang dengan Mazlan Bujang.

31. ‘Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri; Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri’.

32. Janganlah jadi ‘Gunting Dalam Lipatan’ dan ‘Musuh Dalam Selimut’.

33. Mungkin pada awal ini BERSATU akan goyang jika sekiranya Muhyiddin secara gentleman mengundurkan diri dari arena politik tetapi umum khasnya penyokong-penyokong di Johor yakin BERSATU akan lebih kuat dan mantap jika ‘gigi yang dah goyang dan bernanah itu dicabut segera’.

34. Eloklah beliau yang masih menjalani perubatan ini mengabiskan sisa-sisa hidupnya dengan meluangkan lebih banyak masa dengan isteri, anak dan cucu-cucunya.

35. ‘SEMOGA BERSATU MENCABUT DURI YANG BERADA DALAM DAGING’ SEBELUM IA MENJADI RACUN.

36. Semoga segala amalan baik kita pada bulan Ramadan ini di terima ALLAH SWT.

*Tamrin adalah anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghaffar Baba. Artikel pertama kali disiar di portal BebasNews. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau yang tidak mewakili pendirian MalaysianReview. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Najib mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

The post Muhyiddin jantan undur diri BERSATU tak goyang – Tamrin Tun Ghaffar Baba appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment