Malaysia: Maszlee umum tukar nama Permata Rosmah kepada Genius

Menteri Pendidikan Maszlee Malik umum kabinet menukar nama Permata cetusan idea Rosmah isteri Najib kepada Genius. – Foto Abuleman

Program Permata Negara (Permata), yang lahir daripada ilham dan inisiatif isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, dijenamakan semula dengan nama baru Genius.

“Walaupun fungsi dan peranannya sama, ada beberapa program di bawahnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti.

Kabinet membuat keputusan ini untuk penjenamaan semula supaya ia lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi,” kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Bercakap kepada pemberita di Nilai hari ini, Maszlee berkata, keputusan itu dibuat untuk menjadikannya lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi.

Selepas BN dipimpin suaminya Najib Razak tewas Mei lalu, Rosmah berkata beliau berharap program pendidikan awal kanak-kanak yang “dekat dengan hatinya” itu diteruskan.

Timbalan perdana menteri yang juga menteri hal ehwal wanita, keluarga dan masyarakat Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian memberi jaminan akan mengekalkan Permata cuma akan diaudit dan disemak semula serta yang baik daripadanya akan diteruskan. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Maszlee umum tukar nama Permata Rosmah kepada Genius appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments