Sunday, 21 April 2019

Malaysia: Mahathir, Guan Eng akui 1MDB untung, kata Wee Ka Siong


Presiden MCA, Wee Ka Siong menganggap kerajaan Pakatan Harapan (PH) seolah mengesahkan 1MDB menguntungkan dan penting dalam pembangunan negara.

Wee Ka Siong mendakwa perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui Bandar Malaysia yang bernilai RM140 bilion boleh membantu menaikkan mata wang, manakala Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula berkata projek TRX yang bernilai RM40 bilion merupakan salah satu usaha terbaik negara ini.

“Apabila dicampurkan, kedua-duanya berjumlah RM180 bilion yang mana lebih daripada cukup untuk menampung hutang RM30 bilion.

“Ini bermakna, PH telah mengesahkan bahawa 1MDB bukanlah punca yang menyebabkan Malaysia muflis atau membebankan generasi akan datang.

“Malah, PH telah mengesahkan bahawa 1MDB begitu menguntungkan dan memainkan peranan penting untuk membangunkan negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Projek Bandar Malaysia dan TRX Exchange merupakan projek di bawah 1MDB tetapi dipindahkan ke kementerian kewangan sewaktu pentadbiran Najib Razak menghampiri PRU14.

Penyiasat antarabangsa percaya sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB dalam jenayah pengubahan wang haram melalui sistem kewangan Amerika Syarikat.

Skandal itu dikaitkan dengan Najib dan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Mahathir, Guan Eng akui 1MDB untung, kata Wee Ka Siong appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment