Saturday, 20 April 2019

Malaysia: Latif Bandi, anak bebas 37 tuduhan rasuah, gubah wang haram


Abdul Latif Bandi (tengah) dan Ahmad Fauzan Hatim (dua dari kanan) serta Amir Shariffuddin (dua dari kiri) dilepas dan dibebaskan daripada semua 37 pertuduhan rasuah hari ini. – Foto Utusan Malaysia

JOHOR BAHRU – Bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Latif Bandi dan anaknya serta perunding hartanah dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 37 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram antara 2013 hingga 2016.

Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan ke atas Abdul Latif, 53, dan anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 27, serta perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd. Raub, 46, selepas pihak pendakwa raya gagal menimbulkan kes frima facie pada akhir pendakwaan.

Kamarudin dalam penghakiman berkata, mahkamah melepaskan dan membebaskan tertuduh daripada pertuduhan berkenaan selepas mendapati keterangan pembelaan tertuduh berjaya menimbulkan keraguan munasabah ke atas pendakwaan.

Pihak pembelaan juga berjaya mematahkan elemen ‘anggapan’ di bawah Seksyen 50 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan dari semua pertuduhan.

Ini termasuk 33 pertuduhan berasingan membabitkan rasuah di bawah Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009 yang dibacakan bersama Seksyen 16(a)(B).

Selain itu, Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Keputusan itu selepas mengambil kira 13 alasan penghakiman yang dibentangkan Kamarudin pada prosiding di akhir kes pendakwaan yang berlangsung kira-kira 15 minit.

Mahkamah mengarahkan wang jaminan dipulangkan semula selain memberitahu pihak pendakwaan rayuan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari.  – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Latif Bandi, anak bebas 37 tuduhan rasuah, gubah wang haram appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment