Thursday, 18 April 2019

Malaysia: Latheefa gesa ahli politik peralat agama bertaubat


Peguam wanita terkenal, Latheefa Koya membidas ahli politik yang mengecamnya berhubung isu wanita bertudung.

Latheefa mencadangkan agar ahli politik – yang didakwanya selama ini mempergunakan agama demi kepentingan parti ‘bertaubat’ terlebih dulu sebelum menasihatinya berbuat demikian.

“Akibat perlakuan sempit dan ekstremis saudaralah, Islam dipandang serong,” katanya di Twitter.

Dia berkata demikian dengan merujuk kepada kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, menerusi laporan Sinar Harian yang disiarkan hari ini

“Aurat seorang Muslimah bukan maklumat rahsia bahawa ia meliputi seluruh anggota tubuh melainkan muka dan tangan.

“Jadi dengan menyatakan bahawa wanita (Muslimah) tidak seharusnya dipaksa untuk bertudung adalah satu kenyataan yang difahami sudah menafikan kewajipan menutup aurat sebagai Muslimah,” kata Ahmad Fadhli.

Dalam laporan yang sama, Exco Pemuda Umno yang juga pengerusi Kluster Peguam Muda, Nik Saiful Adli Burhan, menyarankan Latheefa segera bertaubat dan merujuk kepada ulama serta pakar pengajian tafsir al-Quran sebelum sewenang-wenangnya mempertikaikan hukum agama.

Isu berkaitan kewajipan wanita Islam bertudung timbul selepas aktivis Maryam Lee Abdullah melancarkan bukunya bertajuk Unveiling Choice.

Nasihat jangan bongkak

Ia disusuli dengan cadangan mengadakan forum membincangkan isu perempuan Melayu yang tidak lagi bertudung di Petaling Jaya, semalam.

Mengulas lebih lanjut, Latheefa menyeru orang ramai agar tidak mempunyai pandangan sempit mengenai hijab dan aurat.

“Sila keluar dari tempurung anda dan belajarlah bagaimana Islam dipraktikkan diseluruh dunia.

“Islam bukan sahaja di Kelantan dan pengertian saudara apa itu hijab tidak semestinya tepat.

“Jangan bongkak, suruh orang taubat tanpa asas,” katanya.

Pengarah eksekutif Lawyers For Liberty itu semalam berkata wanita tidak patut dipaksa untuk bertudung, dan berpendapat tiada paksaan dalam Islam berkaitan tuntutan berkenaan.

Menurutnya lagi, isu ini tidak perlu dijadikan masalah negara.

“Apa yang bahaya sangat? Hari-hari tengok rambut Rosmah (Mansor) tak ada pun masalah. Ini sekali buat forum saja,” katanya menerusi ciapan di Twitter petang tadi.

Latheefa juga dilihat mendapat kecaman dari orang awam dan turut membalas ciapan mereka.

“Tiada apa yang terlebih jika bincang pasal hijab. Islam tidak lemah atau rapuh dan tidak perlu pembelaan,” katanya. – Majalah Review Malaysia

KLIK VIDEO: Najib tengking tepis polis di luar mahkamah

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Latheefa gesa ahli politik peralat agama bertaubat appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment