Monday, 22 April 2019

Malaysia: Kuota haji untuk menteri, ahli parlimen tiada lagi bukti PH berkorban untuk rakyat


Pemansuhan kuota haji khas kepada Menteri dan Ahli Parlimen seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh amat dialu-alukan.

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Tasek Gelugor, Azmi Alang.dilapor portal MalaysiaDateline berkata, keputusan untuk menghentikan amalan kuota haji khas tersebut tepat pada waktunya.

“Sebelum ini pentadbiran kerajaan BN dikritik kerana menyediakan kuota haji khas kepada Menteri dan Ahli Parlimen sehinggakan rakyat bawahan tidak mendapat peluang yang sepatutnya untuk mengerjakan haji.

“Sekiranya pada zaman BN dahulu terlalu ramai sokongan politik yang diamalkan bagi kuota haji khas dan menyebabkan peluang untuk rakyat terhad, kini PH berani melakar sejarah dengan membuat perubahan,” tegasnya.

Tambahnya, kepimpinan PH perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa apa yang telah dicanangkan selama ini bukannya suatu omongan kosong, sebaliknya realiti yang mampu dipraktikkan. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Kuota haji untuk menteri, ahli parlimen tiada lagi bukti PH berkorban untuk rakyat appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment