Friday, 12 April 2019

Malaysia: Kuasa di tangan orang Melayu, kenapa orang Melayu dalam bahaya? – Samad Said


Di bawah adalah sebahagian petikan wawancara Roketkini bersama Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Di tengah-tengah masyarakat Melayu itu terbelah muncul mereka yang berkata kalau DAP naik, DAP akan bergabung dengan Singapura, nak jadi republiklah.

Semua itu mainan agama, mainan kaum. Apabila orang main agama, main kaum, bererti jalan siasah itu memang sudah resah di sana sini.

Kuasa di tangan orang Melayu, mengapa kita perlu katakan orang Melayu itu dalam bahaya? Semua Perdana Menteri Melayu, Raja dan Sultan semua Melayu, Menteri Besar semua Melayu… Mengapa kita nak waraskan yang Melayu dalam bahaya?

Kecuali orang Melayu yang memerintah itu yang bobrok. Memungkinkan sesuatu mulai rosak di bawahnya. Tidak terjaga ekuiti Melayu dengan betul, tidak terjaga bahasa Melayu dengan betul, tidak memantapkan universiti, sekolah Melayu.

Tapi lepas itu mereka kata, kita dalam bahaya. Dan tentunya musuh mereka (UMNO-BN) yang utama, DAP lah. Oleh kerana kebetulan sahaja DAP melalui sejarah dari PAP.

Tapi kan sudah 54 tahun (merdeka). Dan contoh baik dari pemimpin-pemimpin Singapura harus kita hormati, boleh dikata sedikit sangat yang rasuah. Itu jenis pemimpin yang kita mahu di sini.

Contoh bagaimana sebuah pulau kecil yang tidak punya hasil bumi yang boleh diniagakan, boleh menjadi sebuah negara yang menjalankan perniagaan perkhidmatan yang sangat bagus.

Kita harus meniru, harus meneladani pemimpin-pemimpin di Singapura, bagaimana mereka menjalankan pemerintahannya, bagaimana mereka memperhimpunkan hartanya, bagaimana memperkembangkan interprenuarnya dan bagaimana suaranya.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Siapa TMJ jika hendak dibandingkan Tun Mahathir, soal Khairuddin

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

The post Kuasa di tangan orang Melayu, kenapa orang Melayu dalam bahaya? – Samad Said appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment