Monday, 8 April 2019

Malaysia: Komplot culik Najib, 2 bekas askar dan warga Indonesia didapati bersalah


Tertuduh yang dibicarakan kes culik Najib, Zahid, Hishammuddin dan Khairy – Nor Azmi Jalani, Mohd Yusri Mohamed Yusof serta Ali Saifuddin ketika dibebaskan pada 2017. – Foto Bernama

PUTRAJAYA 8, APril: Mahkamah Rayuan mendapati 2 bekas askar dan seorang warga Indonesia bersalah merancang menculik bekas perdana menteri Najib Razak dan 2 pemimpin tinggi lain, menterbalikkan keputusan mahkamah 2 tahun lalu lapor Free Malaysia Today.

Nor Azmi Jalani dan Mohd Yusri Mohamed Yusof, serta rakyat Indonesia, Ali Saifuddin semua dalam usia 30-an, didapati merancang untuk menculik Najib, timbalannya ketika itu Ahmad Zahid Hamidi, serta menteri Hishammuddin Hussein and Khairy Jamaluddin.

Menurut keterangan, mereka berkonspirasi dengan seorang anggota militan, Abu Daud Murad Halimuddin, dan merancang menjadikan mereka tebusan untuk membebaskan beberapa orang yang ditahan bawah undang-undang keselamatan.

Abu Daud dihukum penjara 12 tahun selepas kesnya dibicarakan di Mahkamah Persekutuan tahun lalu.

Hari ini, 3 panel hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Vernon Ong Lam Keat membenarkan rayuan pihak pendakwa.

“Selepas meneliti keterangan 3 responden, kami dapati mereka tidak menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan,” kata Ong dalam keputusan sebulat suara itu.

Katanya, pendakwa membuktikan kes tanpa keraguan munasabah walaupun pada penghujung kes pembelaan.

Ketiga-tiga lelaki yang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma, didakwa berkonspirasi untuk menjalankan kegiatan berkaitan terorisme antara 30 Januari dan 6 April 2015 di sebuah rumah di Pengkalan Batu Hampar, mukim Air Putih, Pendang, Kedah.

Kesalahan tersebut, boleh dihukum bawah Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara hingga 30 tahun dan denda.

Bagaimanapun, panel hakim menangguhkan hukuman hingga 14 April berikutan permohonan peguam, Syahredzan Johan bagi memberikan beliau masa untuk menyediakan rayuan anak guamnya.

Jasmee Hameezah Jaafar, Mohd Zin Ibrahim dan Azmi Mashud mewakili kerajaan.

Ketiga-tiga mereka dibebaskan oleh pesuruhjaya kehakiman, Ab Karim Ab Rahman, tetapi tidak dilepaskan sementara menanti rayuan oleh pendakwaan. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Najib lebih buruk berbanding Anwar, kata PM Tun Mahathir

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

The post Komplot culik Najib, 2 bekas askar dan warga Indonesia didapati bersalah appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment