Saturday, 27 April 2019

Malaysia: Komando Polis STAGG, STING, STAFOC dimansuh


STAGG, STING, STAFOC tiga unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah dimansuhkan. – Foto NSTP

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan tiada lagi tiga pasukan khas seperti Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dalam PDRM.

Bagaimanapun katanya, seperti dimaklumkannya sebelum ini, proses pertukaran membabitkan pegawai dan anggota di tiga pasukan khas berkenaan memasuki 60 peratus dan dijangka lengkap dalam masa terdekat.

Semalam akhbar melaporkan mengenai proses pertukaran dan penempatan semula pegawai dan anggota tiga pasukan tersebut giat dilakukan PDRM.

Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status dimuat naik di akaun Twitternya menyatakan pembubaran tiga pasukan itu diharap tidak mengecewakan warga PDRM.

“Pembubaran STING, STAGG dan STAFOC, warga PDRM diharap tidak kecewa. Sebenarnya mereka yang bubarkan tidak tahu keberkesanan unit-unit ini. Teruskan perjuangan di mana unit saudara dan saudari (pegawai polis tiga unit berkenaan) ditugaskan.

“Jasa saudara dan saudari di STING, STAGG dan STAFOC akan tetap dikenang oleh masyarakat khususnya mangsa-mangsa jenayah terancang. Tugas murni ini mesti diteruskan demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Khalid turut berkongsi rakaman video terbabit di akaun Twitternya.

“Kesedihan Datuk Komander amat difahami. Semoga saudara dan saudari, warga STING, STAGG dan STAFOC terus maju jaya di tempat tugas baharu,” katanya.

The post Komando Polis STAGG, STING, STAFOC dimansuh appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment