Tuesday, 16 April 2019

Malaysia: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta


Hasanah Abdul Hamid didakwa melakukan pecah amanah AS$12.1 juta atau RM50.4 juta milik kerajaan BN pimpinan Najib Razak. – Foto Sinar Harian

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, hari ini menetapkan 15 hari bermula 3 Februari tahun depan untuk perbicaraan kes bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang dituduh pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta.

Hakim, Collin Lawrence Sequerah menetapkan 3 hingga 7 Februari, 10 hingga 14 Februari dan 17 hingga 21 Februari 2020 untuk perbicaraan dan 25 Mei ini untuk pengurusan kes lanjut.

Terdahulu, Hasanah, 61, yang diwakili peguam, Shaharudin Ali meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan semula terhadapnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahadhir Mohd Khairudin memaklumkan pihak pendakwaan akan memanggil 15 hingga 20 saksi.

Hasanah didakwa sebagai seorang penjawat awam, iaitu ketua pengarah penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan antara 30 April lalu dan 9 Mei tahun lalu di pejabat ketua pengarah Bahagian Penyelidikan JPM di Kompleks JPM.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. – Bernama | Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir nafi ECRL diteruskan sebagai tukaran dengan JHO LOW

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

aslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment