Saturday, 20 April 2019

Malaysia: Kes bunuh Adelina digugur, Peguam Negara akan siasat kenapa


Isu majikan dibebaskan dari tuduhan membunuh pembantu rumah Indonesia, Adelina Jerima Sau. – Foto media sosial

Peguam Negara Tommy Thomas akan menyiasat soal pengguguran kes bunuh seorang warga emas terhadap pembantu rumah warga Indonesia tahun lalu.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim, yang juga timbalan menteri belia dan sukan berkata demikian selepas beliau menghubungi Peguam Negara Tommy Thomas untuk meminta pejelasan.

“Peguam negara berkata beliau akan menyiasat sendiri perkara itu untuk melihat langkah seterusnya yang boleh diambil.

“Saya percaya peguam negara dan sistem perundangan akan menegakkan keadilan. Saya menegaskan pendirian bahawa Malaysia memerlukan undang-undang yang lebih baik untuk melindungi pekerja asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tahun lepas, kematian warga Indonesia, Adelina Jerima Sau, 21, di Bukit Mertajam dipercayai akibat penderaan menggemparkan negara.

Sim individu pertama mendedahkan insiden tersebut dengan memuat naik gambar Adelina yang dipaksa tidur di luar rumah bersama-sama anjing majikannya.

Adelina dilaporkan didera majikan dan ditemui jiran dalam keadaan lebam dan bernanah. Dia dibawa ke hospital di sana tetapi meninggal dunia sehari kemudian.

Majikannya, Ambika MA Shan, 61, didakwa atas tuduhan bunuh, bagaimanapun portal FMT semalam melaporkan Mahkamah Tinggi George Town membebaskannya selepas timbalan pendakwa raya meminta dia dilepas tanpa dibebaskan.

Sim menyatakan kekecewaannya dengan perkembangan itu dan menyifatkannya sebagai kematian tragik.

Jelasnya, eksploitasi terhadap pekerja asing adalah pelanggaran hak asasi manusia bakal memberi kesan negatif kepada pasaran kerja tempatan.

“Hak asasi setiap manusia mesti dilindungi, tidak kira apa pun kewarganeraannya. Apa yang lebih penting kita mesti memastikan tragedi seperti itu tidak akan berulang di negara kita,” hujahnya lagi.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Kes bunuh Adelina digugur, Peguam Negara akan siasat kenapa appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment