Saturday, 20 April 2019

Malaysia: Kenapa takut sangat rakyat lihat video perbicaraan Najib, soal Isham Jalil


Bekas pegawai khas Najib Razak, Isham Jalil yang memuat naik rakaman transkrip video perbicaraan bossnya dikecam peguam Tun Dr Mahathir, Haniff Khatri Abdulla.

Bekas pegawai khas Najib itu hari ini berkata, beliau dimaklumkan, peguam berkenaan akan membuat laporan polis terhadapnya.

“Saya telah dimaklumkan terdapat beberapa peguam PH tidak berpuas hati apabila saya memuatnaik rakaman transkrip video Court Recording and Transcription (CRT) dalam perbicaraan Dato’ Seri Najib di mahkamah semalam.

“Peguam-peguam PH ini berkata mereka akan membuat laporan polis.

“Dalam hujah mereka, mereka berkata ini adalah satu kesalahan mengikut peraturan mahkamah dan mereka berkata saya boleh dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah atau contempt of court,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau.

Tindakan Presiden Sukarelawan Malaysia itu menyoal kembali peguam terbabit [merujuk Hanif Khatri], di manakah dalam peraturan mahkamah dinyatakan tidak boleh memuatnaik rakaman CRT perbicaraan awam dalam Facebook atau di media sosial atau di mana-mana media.

Menurut Isham, terdapat dua perkara dalam peraturan umum mahkamah berkaitan rakaman semasa perbicaraan, pertama, tidak boleh membuat siaran langsung atau live telecast ketika perbicaraan sedang berlangsung (kecuali dengan kebenaran), dan kedua, tidak boleh merakam perbicaraan sendiri.

Oleh itu kata Isham, bagaimanakan beliau dikatakan bersalah menghina mahkamah seperti yang dikata peguam berkenaan.

“Dalam video yang dimuatnaik semalam, tidak ada siaran langsung mahupun rakaman sendiri. Video itu bukan siaran langsung, tetapi rakaman, dan rakaman tersebut dibuat oleh mahkamah melalui CRT, bukan oleh pihak lain.

“Rakaman CRT mahkamah dan rakaman video sendiri adalah berbeza. Apabila mahkamah merakam transkrip video CRT ianya tidak sama dengan orang lain merakam sendiri prosiding mahkamah,” ujarnya.

“Saya pelik kenapa mereka takut sangat apabila rakyat melihat video rakaman perbicaraan ini.

“Adakah peguam-peguam PH ini tidak mahu rakyat tahu atau lihat sendiri butiran perbicaraan Dato’ Seri Najib?” soal beliau.

Kata Isham, perbicaraan bekas Perdana Menteri itu adalah suatu pendengaran awam (public hearing), oleh itu ianya bukan satu rahsia rasmi, namun satu rekod awam yang terbuka dan rakyat berhak diberi peluang untuk mengikuti perbicaraan berkenaan dengan terbuka atau dengan kekangan minimum.

Isham turut mendakwa sebelum ini terdapat pemimpin PH yang membocorkan rahsia rasmi kerajaan, tetapi terlepas begitu sahaja sedangkan apabila beliau memuatnaik video perbicaraan awam yang bukan rahsia, mereka tidak senang duduk.

“Dahulu semasa Dato’ Seri Najib pergi ke Langkawi mereka buat report polis. Sekarang apabila saya memuatnaik video CRT perbicaraan awam pun mereka hendak buat report polis juga.

“Saya rasa polis pun tahu tindakan orang-orang PH ini adalah dangkal, lemah dan bermotifkan politik semata-mata,” katanya. – Majalah Review Malaysia

KLIK VIDEO: Najib tengking tepis polis di luar mahkamah

KLIK BACA: Peguam Shafee tuduh Najib mangsa konspirasi Jho Low dan gang

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Akaun bank peribadi Najib ada juta ringgit, kata saksi perbicaraan SRC

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Kenapa takut sangat rakyat lihat video perbicaraan Najib, soal Isham Jalil appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment