Malaysia: Kalau raja pilih MB, Malaysia tidak lagi negara demokrasi – Tun Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – Foto Astro Awani

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu adalah hak kerajaan dan parti politik yang memenangi pilihan raya bukan Institusi Raja.

Jelasnya, ketika ini pihaknya sedang meneliti beberapa calon untuk menyandang jawatan itu selepas Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meletak jawatan pada Isnin.

Namun, jelas Tun Mahathir, proses berkenaan akan memakan masa untuk menamakan calon yang benar benar layak dilantik.

“Kita akan lantik secepat mungkin kita nak tentukan calon, kita ada beberapa calon. Kita kena pilih tetapi ia akan memakan masa sedikit, kita akan buat secepat yang mungkin.”

“Ini adalah isu politik, Sultan tidak mempunyai kuasa untuk melantik siapa Menteri Besar tetapi itu adalah hak parti politik yang memenangi pilihan raya,” kata Tun Mahathir seperti dilapor Astro Awani dalam sidang media selepas perasmian Kuala Lumpur Islamic Finance Forum ke-15 di Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Tun Mahathir ketika diminta mengulas kenyataan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang bertitah agar “pihak tertentu” berhenti mencampuri urusan negeri itu berkata, rakyat telah memilih parti dalam pilihan raya dan parti seterusnya ada hak untuk melantik menteri besar.

“Saya berpendapat kalau kita anggap yang akan memilih perdana menteri dan menteri besar ialah raja, kita sudah tidak jadi negara demokratik lagi,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang media di Parlimen hari ini.

“…Tetapi (apabila) hak ini dinafikan maka kita bukan (lagi) demokrasi. Kita sudah jadi negara (dengan sistem) raja berkuasa mutlak,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan di Facebook menyarankan “pihak tertentu” itu menumpukan usaha menjaga negara.

“Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang sultan,” titahnya. – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: TMJ jawab amaran Tun Mahathir, silakan…

DIKEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Komplot culik Najib, Zahid, Hisham dan Khairy, 2 bekas askar didapati bersalah.

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

The post Kalau raja pilih MB, Malaysia tidak lagi negara demokrasi – Tun Mahathir appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments