Thursday, 11 April 2019

Malaysia: Hadi kata kerajaan PH Pak Pandir kerana salahkan BN


Hadi Awang muncul membantu calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan selepas 4 hari keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Kerajaan PH diibaratkan seperti Pak Pandir apabila sering menyalahkan kerajaan terdahulu tanpa cuba memperbaiki kelemahan sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, falsafah Pak Pandir yang diamalkan itu menunjukkan kerajaan PH tidak mampu mentadbir negara dengan baik.

“Kita terima yang sempurna dan baik itu serta baiki yang lemah. Tetapi dia (PH) tak mampu nak baiki kelemahan itu dan menyalahkan orang lain, menunjukkan tidak ada kemampuan.

“Apabila berbahas di Parlimen mereka salahkan kerajaan dulu, macam Pak Pandir. Tidak boleh politik Pak Pandir memerintah negara kita,” ketika berucap pada program ceramah perdana di Taman Angsamas di sini, malam tadi.

Turut hadir, calon BN yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker; Timbalan Presiden MIC, Datuk S Saravanan dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya lagi, PRU14 dianggap sebagai pilihanraya main-main kerana ramai pengguna di media sosial percaya dengan janji-janji manis PH ketika itu.

“(PH) buat janji-janji yang mustahil nak dibuat. Ada benda yang boleh dibuat makan masa, jangan cakap besar sangat.

“Kami yang memerintah Terengganu boleh hapuskan tol, ada caranya bukan boleh janji nak buat begitu. Tapi (rakyat) pergi undi juga menyebabkan mereka (PH) menang dan berlakunya kenaikan harga barang dan kehidupan yang susah,” katanya. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KEMASKINI: ‘Sebab ada orang nak memukul sesuka hati’ – Tun Mahathir

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

The post Hadi kata kerajaan PH Pak Pandir kerana salahkan BN appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment