Sunday, 21 April 2019

Malaysia: Hadi gesa siasat Anwar terima duit, dedah siapa orang Pas terima RM90 juta Umno


Hadi Awang menggesa kerajaan PH jangan menyiasat PAS sahaja tetapi parti politik lain. – Foto Astro Awani

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengalu-alukan rancangan pendedahan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung identiti pemimpin parti itu yang didakwa menerima wang daripada UMNO.

Hadi berkata, pihaknya menunggu pendedahan yang akan dibuat oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

“Terpulang kepada dia (Anwar Ibrahim), dia dedahkan dulu siapa pemimpin itu barulah kita buat kenyataan.

“Kita pun ada kenyataan pemimpin lain ada menerima bantuan dari luar negara dengan jumlah yang sangat besar, itu lagi haram. Kita tak ada bukti (tuduhan terhadap Pas), kita bergerak sendiri,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Anwar dalam sebuah forum di sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) di Nilai, Negeri Sembilan kelmarin mengakui akan mendedahkan identiti pemimpin Pas yang menerima wang daripada UMNO.

Anwar berkata pendedahan mengenai dakwaan wang RM90 juta disalurkan kepada PAS itu memerlukan masa kerana ia masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jawapan daripada SPRM ialah tiada kesan wang 1MDB kepada PAS. Tuduhan bukan wang 1MDB tetapi wang daripada Umno RM90 juta dan itu masih dalam siasatan.

“Saya ada maklumat khusus beberapa angka dan siapa yang dapat, saya sudah lihat akaunnya. Saya tidak akan sebut sekarang, beri tempoh sedikit, benda ini belum tutup,” katanya.

Mengulas lanjut Hadi berkata, dalam melakukan siasatan perkara tersebut, kerajaan perlu adil dengan tidak memberi tumpuan kepada Pas sahaja sebaliknya turut melakukan siasatan sama terhadap parti politik lain termasuk apa yang diterima Anwar.

“Kerajaan jangan siasat kita sahaja, kerajaan perlu siasat diri dia sendiri (Anwar) baru adil. Dia sebelum ini menguar-uarkan dapat duit dari luar negara dan biar dia berani (dedahkan),” katanya seperti dilapor Utusan. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Hadi gesa siasat Anwar terima duit, dedah siapa orang Pas terima RM90 juta Umno appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment