Saturday, 20 April 2019

Malaysia: Guan Eng letak jawatan, Mahathir pun tak yakin, kata Presiden Gerakan


Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menggesa Kewangan, Lim Guan Eng meletak jawatan susulan ekonomi negara semakin merosot.

Menurut Dominic, tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar Tun Daim Zainuddin ke China merundingkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah satu contoh Guan Eng tidak di yakini.

Beliau turut mendakwa, Guan Eng seringkali mengeluarkan kenyataan gopoh tanpa kajian sehingga menyebabkan ramai pelabur menjauhkan diri sehingga berlaku ketidaktentuan ekonomi negara.

“Lebih baik Guan Eng selaku Menteri Kewangan meletak jawatan sahaja dan beri laluan kepada yang jauh lebih layak menerajui kerana keadaan ekonomi yang sarat dengan kos sara hidup serta Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP) meningkat mendadak.

“Macam-macam berlaku pada masa ini, dalam tempoh 10 bulan ini. Seperti harga saham jatuh teruk, IHP meningkat, kos sara hidup yang sebelum ini dijanjikan akan turun kini tidak langsung di pedulikan sebaliknya banyak menuding jari salahkan kerajaan terdahulu sahaja.

“Bayangkan, Tun Mahathir sendiri tidak yakin dengan keupayaan beliau sehingga menghantar Tun Daim ke China bagi selesai isu ECRL walaupun ini adalah kerja Guan Eng selaku Menteri Kewangan.

“Guan Eng juga suka sangat keluarkan kenyataan tidak membantu dan lebih berbentuk emosional sehingga menjejaskan dan memudaratkan rakyat serta ekonomi negara.

“Pada saya secara ikhlas saya sarankan Guan Eng untuk meletakkan jawatan jika beliau tidak tahu menguruskan ekonomi negara kerana sekarang keadaan semakin buruk.

“Ini akan menjejaskan hidup rakyat apabila ekonomi teruk, kos sara hidup meningkat dan mereka semakin tertekan,” katanya dipetik MalaysiaGazette semasa sidang media Ibu Pejabat Gerakan.  – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Guan Eng letak jawatan, Mahathir pun tak yakin, kata Presiden Gerakan appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment