Sunday, 21 April 2019

Malaysia: Felda lebih buruk ditadbir kerajaan PH – Najib


Najib Razak mendakwa Pakatan Harapan mencipta masalah sendiri dan memburukkan lagi masalah yang dihadapi Felda.

Melalui laman Facebook, bekas perdana menteri itu menyenaraikan 5 sebab kegagalan Felda yang berpunca daripada manifesto pilihan raya PH yang menyebabkan peneroka tidak dapat membayar hutang mereka.

Tindakan itu menjejaskan aliran tunai Felda kerana RM7.7 bilion daripada RM8 bilion hutang Felda ialah pinjaman kepada peneroka.

Najib turut mendakwa, kelewatan Putrajaya melantik pengerusi dan pasukan pengurusan baru untuk mengetuai Felda, melambatkan pembayaran kepada peneroka dan projek terpaksa dihentikan separuh jalan.

Katanya, satu lagi sebab ialah hampir 20,000 peneroka atau 20% daripada mereka menjual terus tandan sawit kepada pembeli luar dan bukannya Felda.

“Jika sebanyak 20,000 peneroka tertekan sehingga berbuat demikian, tentu ada sebabnya. Peneroka tidak ingin bayaran mereka lambat dan ditolak hutang.

“Pihak mana yang berjanji begitu dan pihak mana yang menyumbang kepada masalah ini?” katanya sambil menegaskan perkara ini tidak pernah berlaku semasa beliau memerintah.

Katanya, Felda mengalami kerugian kerana tidak dapat menjual semula hasil peneroka kepada FGV dan jumlah jualan FGV merosot RM3.5 bilion pada 2018 berbanding tahun sebelumnya sehingga menyebabkan ia mengalami kerugian buat pertama kali sejak disenaraikan.

Najib berkata, satu lagi sebab ialah kerajaan PH lambat meluluskan bantuan kewangan kepada peneroka.

Katanya, Kementerian Kewangan hanya meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM77 juta pada Disember lalu.

Beliau berkata, harga jualan minyak sawit mentah merosot sekitar RM1,700 sehingga RM2,000 setan selepas pilihan raya umum ke-14 tahun lalu, tidak banyak perbezaan daripada kos pengeluaran Felda kira-kira RM1,800 setan.

“Oleh kerana Felda mempunyai kos operasi dan kos tetap, harga jualan minyak sawit merupakan sebab utama pengaliran tunai Felda terjejas,” katanya sambil mendakwa Felda tidak memerlukan bantuan kewangan semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Pada 10 April lalu, Putrajaya mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM6.23 bilion kepada Felda yang menanggung kerugian dan hutang sejak sedekad lalu, susulan pembentangan kertas putih mengenai masalah kewangan dihadapi agensi itu di Dewan Rakyat.

Liabiliti keseluruhan Felda meningkat 12 kali ganda sejak 10 tahun lalu, daripada RM1.2 bilion pada 2007 kepada RM14.4 bilion pada 2017, menurut kertas putih dibentangkan di Parlimen yang menyenaraikan salah urus operasi dan kegagalan pengurusan pelaburan di zaman pentadbiran Najib. Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak ada isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Felda lebih buruk ditadbir kerajaan PH – Najib appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment