Monday, 22 April 2019

Malaysia: FB ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ hina Agong mungkin milik warga asing


Polis percaya kemungkinan pemilik akaun laman sosial Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ yang menghina  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dikendalikan warga asing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya sudah mengambil segala tindakan mengesan suspek termasuk menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau juga menafikan pihak polis berdiam diri serta tidak mengambil tindakan.

Sebelum ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ kerana memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong.

Fuzi berkata, setakat Jumaat lalu, pihaknya sudah menerima 267 laporan polis yang dibuat pelbagai pihak di seluruh negara.

“Bagaimanapun, polis menghadapi kesukaran untuk mengesan pemilik akaun Facebook berkenaan kerana laman itu sudah disekat dan hanya boleh diakses di luar negara, maka ia akan mengambil sedikit masa,” katanya. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post FB ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ hina Agong mungkin milik warga asing appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment