Thursday, 25 April 2019

Malaysia: Dr Mahathir mahu kurangkan kuasa raja sekali lagi mungkin?


Dr Mahathir seakan mengulangi sejarah lama pertelingkahan dengan Istana. – Foto Twitter News

oleh Shahbudin Husin

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mendedahkan, kerajaan masih belum mendapat jawapan daripada Yang Dipertuan Agong berhubung calon Ketua Hakim Negara yang dipersembahkan kepada baginda.

“Saya selalu bayangkan bahawa Agong adalah orang yang mesti meluluskan semua pelantikan kanan tetapi entah bagaimana, sekarang perlu merujuk kepada Majlis Raja-Raja.

“Sekarang, bukan hanya Agong tetapi juga harus melalui Raja-Raja.

“Saya tidak tahu apa maksudnya. Keputusan (Putrajaya) tidak boleh diubah kecuali terdapat alasan yang sah.

“Kita telah membuat keputusan berhubung calon Ketua Hakim Negara dan menghantarnya kepada Agong.

“Buat masa ini, saya masih belum mendapat pengesahan mengenai calon berkenaan,” jelas Tun Mahathir lagi.

Jawatan Ketua Hakim Negara kosong berikutan persaraan Richard Malanjun sejak 12 April lalu.

Dalam waktu yang sama, Tun Mahathir mengakui sukar untuk menyelesaikan masalah campurtangan Raja-Raja dalam pentadbiran kerajaan.

Namun, tegas beliau, perkara itu boleh diatasi jika kerajaan mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen.

“Saya kena kata ia masalah sukar, tetapi saya akan cuba,” tambah beliau lagi.

Apakah makna semua ini?

Apakah ini memberi petanda bahawa sekiranya kerajaan mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dalam waktu terdekat ini, Tun Mahathir akan sekali lagi meminda Perlembagaan berkenaan kuasa Raja-Raja?

Masih tidak cukup lagikah pindaan Perlembagaan yang pernah dibuat pada tahun 1993 dahulu? – Shahbudin Husin

*Shahbudin Husin adalah bekas wartawan dan penulis buku kritik politik terkenal. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.

KLIK BACA: Najib jadi mangsa dikelirukan oleh Jho Low, pegawai bank, kata Shafee

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Najib sendiri benarkan Nik Faisal yang lari urus akaun bank – Saksi

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

The post Dr Mahathir mahu kurangkan kuasa raja sekali lagi mungkin? appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment