Wednesday, 24 April 2019

Malaysia: Dr M tak boleh kata perlembagaan Johor batal sebab isu Sultan, kata Khaled Nordin


Tun Dr Mahathir mendakwa Undang-Undang tubuh Johor terbatal dengan terbentuknya Perlembagaan Persekutuan. – Foto Free Malaysia Today

Bekas menteri besar Johor Khaled Nordin membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang berkata undang-undang tubuh negeri itu terbatal.

“Dia tidak boleh kata undang-undang tubuh negeri terbatal hanya kerana dia bertelagah dengan sultan Johor.

“Peguam negara patut nasihat Mahathir dalam isu ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Khalid berkata Malaysia ialah sebuah negara persekutuan, bukan kerajaan kesatuan (unitary nation).

Mahathir hari ini menulis blog mendakwa undang-undang tubuh Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.

KLIK BACA TULISAN PENUH: Dr Mahathir: Perlembagaan rakyat Malaysia

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak perlu isytihar harta, kata PAS

The post Dr M tak boleh kata perlembagaan Johor batal sebab isu Sultan, kata Khaled Nordin appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment