Tuesday, 30 April 2019

Malaysia: Dalam Islam Raja pun di bawah undang-undang – Hadi Awang


Kenyataan Hadi Awang itu muncul semasa berlaku pertelagahan antara Tun Mahathir dan istana Johor. – Foto Astro Awani

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam meletakkan ketua negaranya sama ada yang bergelar raja, khalifah, imam atau amir tidak berkuasa mutlak dan berada di bawah kuasa undang-undang.

Hadi juga menjelaskan Islam menolak dengan tegas konsep individu atau kumpulan yang mengatasi undang-undang negara.

Beliau memberi contoh, Rasulullah SAW tidak menyalahgunakan kuasanya sebagai pemimpin negara dan mengajar raja-raja dan pemimpin Islam mengikut contohnya.

“Allah menegaskan bahawa ketua negara berada di bawah kuasa undang-undang walaupun seorang rasul yang dilantik oleh Allah secara langsung, apatah lagi yang dilantik sesama manusia,” tulis Abdul Hadi seperti yang disiarkan Harakahdaily.

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan konsep kedaulatan undang-undang yang dilaungkan hanyalah sekadar “cakap kosong” sekiranya seseorang raja tidak beriman dan budiman.

“Ada pula raja yang berpaut dengan slogan yang disadurkan dengan agama, katanya ‘Raja adalah bayangan Allah yang menaungi rakyat dengan bayangan Allah itu’.

“Maka ada pula yang berlagak seperti tuhan yang disembah,” katanya lagi.

Abdul Hadi berkata Islam tidak mengharamkan dan menghalalkan perkataan monarki, republik, demokrasi dan pelbagai istilah lain yang tidak disebut di dalam al-Quran.

“Tetapi yang lebih diutamakan adalah menegakkan konsep keadilan dan menentang kezaliman, memperhambakan diri kepada Allah dengan prinsip iman dan konsep taqwa, dan menegaskan hanya Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar boleh menjamin berlaku keadilan yang sebenar.

“Semua yang memerintah walau apa nama dan gelarannya akan dipanggil mengadap Allah,” katanya.

Abdul Hadi berkata sebagai penganut Islam yang beriman, beliau menafsirkan Islam yang diletakkan dalam Perlembagaan Persekutuan dengan jiwa merdeka.

Katanya, seorang Islam wajib merungkai ikatan yang disimpulkan oleh penjajah bagi mengekang kuasa Islam dalam perlembagaan.

Malah kata beliau, sekiranya ada rantainya wajib diputuskan dan kalau ada tembok juga wajib dirobohkan.

“Tidakkah raja dan rakyat bersatu menentang penjajah, tanpa dinafikan adanya di kalangan raja dan rakyat yang khianat.

“Kalau masih ada saki baki pengkhianat warisan zaman penjajahan, maka mestilah dihapuskan,” jelas beliau.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post Dalam Islam Raja pun di bawah undang-undang – Hadi Awang appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment