Monday, 8 April 2019

Malaysia: Cabul bekas isteri


Seorang bapa kepada enam anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini, atas pertuduhan mencabul bekas isterinya lapor Harian Metro.

Tertuduh berusia 61 tahun dari Marang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Dalam kejadian tersebut, tertuduh dipercayai datang ke rumah mangsa atas alasan untuk membaiki rumah sebelum dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh.

Pasangan berkenaan dikatakan sudah bercerai hampir tiga tahun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 45 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatan di sebuah rumah di Marang, jam 12 tengah hari pada 4 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 22 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Najib lebih buruk berbanding Anwar, kata PM Tun Mahathir

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru mungkin masuk, seloroh Anwar

KLIK BACA: Kejayaan terbesar PH heret ‘perompak’ negara ke mahkamah, kata Anwar

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

The post Cabul bekas isteri appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment