Tuesday, 16 April 2019

Malaysia: ‘Biadap’ tahan periksa kereta polis tindakan biadab, kata bekas KPN Musa Hassan


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan individu yang terbabit dalam kes memeriksa kenderaan polis di Rantau, Negeri Sembilan baru-baru ini sebagai biadab.

Menurutnya, orang awam tiada kuasa untuk memeriksa kereta peronda polis dan tindakan perlu diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan biadab tersebut.

Tambah beliau, tindakan itu boleh membangkitkan perasaan tidak hormat terhadap penguat kuasa undang-undang di Malaysia.

“Bagi saya ini adalah satu perkara serius dan perlu diambil tindakan. Dulu pun ada berlaku perkara sebegini, mereka tahan bas dan dakwa ada pengundi hantu. Saya dulu (semasa menjadi Ketua Polis Negara) saya tangkap semua orang.

“Kita perlu ambil tindakan kerana mereka ambil undang-undang di tangan sendiri, tak boleh. Kalau mereka syak apa-apa, laporkan kepada polis sebab kita ada penguat kuasa,” katanya pada Wacana Sinar Harian kali ke-102 bertajuk Mansuh Akta Kontroversi: Lebih Baik Atau Mengundang Padah di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

Musa berpendapat anggota polis perlu tegas ketika bertugas dan jika kesalahan undang-undang berlaku, tindakan perlu diambil kepada mereka yang terlibat.

“Kita sebagai anggota polis kena tegas, perlu jalankan tugas dengan tegas. Kalau sesuatu kesalahan undang-undang telah berlaku, perlu ambil tindakan tapi kena tengok keadaan juga.

“Kalau pada waktu itu dia tak boleh ambil tindakan, kemudian boleh ambil tindakan tapi jangan dibiarkan saja begitu. Dalam keadaan di mana boleh timbul kekacauan, tak boleh ambil tindakan juga. Jadi kena tengok keadaan, bila masa boleh ambil tindakan,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menganggap insiden itu berlaku kerana kecuaian anggota polis itu sendiri sehingga membenarkan orang awam memeriksa kenderaannya.

“Bagi saya lemah lah (biarkan orang awam periksa kereta peronda), seolah-olah dia tidak tahu undang-undang. Dia boleh kata anda tiada kuasa jadi saya tak boleh buka,” tegas beliau.

Polis telah menahan kesemua suspek yang dipercayai terbabit dalam kes memeriksa kereta peronda polis di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, kesemua lima lelaki yang dikehendaki sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.i Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, semalam.- Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir nafi ECRL diteruskan sebagai tukaran dengan JHO LOW

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post ‘Biadap’ tahan periksa kereta polis tindakan biadab, kata bekas KPN Musa Hassan appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment