Malaysia: Beli apartment di London, Mohamad jawab skandal RM10 juta

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada sebarang salah laku apabila beliau memindahkan RM10 juta ke London pada 2008 melalui pengurup wang.

Mohamad berkata terserah Yang Dipertua DUN Zulkefly Mohamad Omar untuk melaporkan hal berkenaan sekali lagi kepada SPRM.

“SPRM sudah buat siasatan. Terpulang kepada pihak berkuasa. Saya telah didapati tidak bersalah.

“Tiada penyalahgunaan kuasa atau saya buat sesuatu yang tidak baik.

“Saya beli apartment di London (dengan wang itu),” katanya.

Sebelum ini, pengkritik menyindir Mohamad yang menyatakan rasa sedih apabila terpaksa meninggalkan kediaman menteri besar susulan kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu.

Dalam sidang medianya hari ini, Mohamad menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk mengatakan tidak mampu membeli rumah.

“Saya kata saya tak ada tempat untuk dituju, bukannya tak ada duit.. Saya lupa beli rumah di Seremban,” katanya.

Semalam, Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar membangkit skandal RM10 juta melibatkan calon Barisan Nasional DUN Rantau, Mohamad Hasan lebih sedekad lalu.

Zulkefly Mohamad yang pengerusi Amanah Negeri Sembilan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum mengambil tindakan terhadap Mohamad yang didakwa terlibat dalam pemindahan duit melalui pengurup wang.

“Siapa kata dia orang bersih?

“Saya orang pertama dengan Kamarul Bahrin, ahli parlimen, saya buat laporan polis dan saya juga buat laporan SPRM kerana Mohamad Hasan masa itu bawa duit guna ‘money changer’, sampai sekarang tidak kena tahan.

“Nanti saya akan jumpa SPRM kenapa tidak tangkap dia, kenapa tidak ambil dia,” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today semasa berceramah di Taman Kelab Tunku, Rantau.

Zulkefly merujuk kes pada 2008 di mana Mohamad didakwa melanggar undang-undang perbankan dengan memindahkan RM10 juta ke London melalui pengurup wang.

Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara (AGP) di bawah pemerintahan BN tidak mengambil tindakan terhadap Mohamad dengan Menteri Undang-Undang ketika itu, Nancy Shukri berkata dana itu bukan hasil rasuah. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Najib lebih buruk berbanding Anwar, kata PM Tun Mahathir

KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

The post Beli apartment di London, Mohamad jawab skandal RM10 juta appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments