Tuesday, 16 April 2019

Malaysia: Anak Najib, Nooryana kecam Permata Rosmah tukar GENIUS


Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa membidas tindakan Kementerian Pendidikan menukar nama Program Permata Negara (Permata) kepada Genius.

Nooryana Najwa berkata, penukaran nama itu tidak mencerminkan intipati sebenar program tersebut.

“Permata membayangkan tentang kepercayaan bahawa setiap kanak-kanak adalah sangat berharga dan setiap mereka mempunyai peluang untuk mengembangkan potensi mereka,” katanya di Instagram sebagai mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bahawa Program Permata  yang ditukar nama baharu, Genius.

Keputusan itu dibuat selepas Kabinet bersetuju untuk menjadikan program itu lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi namun fungsi dan peranannya sama.

Nooryana berkata, perkataan Genius telah menghina pihak berkepentingan kerana Permata bukan sahaja melibatkan kanak-kanak yang mempunyai kelebihan tetapi juga dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran menerusi Permata Kurnia serta remaja yang tercicir menerusi Perkasa Remaja.

“Sangat mengecewakan apabila inisiatif ini memberikan tumpuan untuk pelaburan masa depan negara dalam sumber tenaga manusia telah dipolitikkan.

“Di Universiti Harvard, setiap hari saya melihat rakan-rakan yang berjuang untuk program pengembangan awal kanak-kanak menerusi program khas dan kanak-kanak istimewa yang memberi tumpuan kepada golongan rakyat berpendapatan rendah,” ujarnya.

Jelas Nooryana Najwa, di Malaysia, Permata menyediakan peluang ini di bawah satu platform yang kukuh dan mereka yang mendakwa program ini tidak berjaya adalah tidak benar.

“Terdapat banyak kisah-kisah kejayaan yang menyaksikan kanak-kanak telah berkembang menerusi sokongan dan persekitaran yang betul,” katanya. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Tun Mahathir nafi ECRL diteruskan sebagai tukaran dengan JHO LOW

KLIK BACA: Perbicaraan: Najib baca buku ‘Dunia Tanpa Tembok’ di mahkamah

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

DIKEMASKINI: Polis Bukit Aman nafi Rosmah, ada bukti transaksi berlian dibeli guna wang 1MDB.

KLIK BACA: Dr Mahathir kagum Ahmad Maslan cerita dongeng isu Felda, tunjuk mana duit untung berbilion

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Anak Najib, Nooryana kecam Permata Rosmah tukar GENIUS appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment