Sunday, 21 April 2019

Malaysia: Aizat tuduh kerajaan PH aniaya, mahu jumpa Najib minta maaf


Mohd Aizat Ibrahim bekas eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mendakwa dianiaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak dan meminta maaf.

Sebelum ini, Najib berkongsi status Mohd. Aizat di laman Facebook yang mendakwa beliau menjadi mangsa penganiayaan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Mengulas lanjut, Aizat mengakui kesilapannya sering mengkriktik Najib dan kerajaan Barisan Nasional (BN) di laman sosial selama ini.

“Saya tidak sangka Najib akan berkongsi status luahan saya di Facebook beliau. Bagi saya beliau berjiwa besar kerana beliau tahu saya pernah mencaci beliau dan BN, namun beliau tetap mengambil berat untuk berkongsi luahan saya itu.

“Saya memang teringin hendak jumpa beliau kerana ingin memohon maaf dan saya anggap Najib sebagai negarawan hebat,” katanya seperti dilapor MalaysiaGazette.

Aizat ditamatkan perkhidmatan apabila kerajaan membubarkan SPAD dan mewujudkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di bawah Kementerian Pengangkutan dan beliau hanya diberi pampasan mengikut tempoh tahun bekerja.

Aizat bagaimanapun mengakui kecewa dengan apa yang terjadi ke atas SPAD kerana kerajaan sanggup membubarkan satu agensi dalam kementerian yang menjadi punca rezeki kepada ratusan kakitangan.

“Saya mengaku pada PRU14 saya tidak undi Barisan Nasional (BN) kerana sebelum itu banyak sangat isu yang menimpa UMNO seperti kes pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpn UMNO keluar parti termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya jadi keliru kerana hendak undi PH tetapi ada DAP. Akhirnya saya undi Pas namun tidak kisah PH menjadi kerajaan kerana yakin mereka dapat melakukan perubahan kepada negara.

“Tapi akhirnya saya buat kesilapan dan rasa ramai lagi anak muda lain yang tertipu dengan PH,” katanya. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Dalam ISLAM tak ada isytihar harta, kata PAS

KLIK BACA: Pegawai Najib – Isham Jalil pelik kenapa PH takut rakyat tengok video perbicaraan BOSSKU?

KLIK BACA: Najib takut media dikawal kerajaan tak lapor tepat bicara

KLIK BACA: Ketua perisik kerajaan Najib dibicarakan pecah amanah RM50.4 juta

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar

The post Aizat tuduh kerajaan PH aniaya, mahu jumpa Najib minta maaf appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment