Sunday, 28 April 2019

Malaysia: Agong tak dibicarakan jenayah perang tapi PM, kata Peguam Negara


KUALA LUMPUR: Peguam Negara (AG) Tommy Thomas menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong selaku panglima tertinggi angkatan tentera tidak dikehendaki bertanggungjawab atas keputusan dibuat perdana menteri, Kabinet dan Kementerian Pertahanan berhubung perisytiharan perang.

Beliau merujuk kepada bekas perdana menteri Britain yang dipanggil untuk siasatan perang Iraq, bukan Queen Elizabeth sebagai raja berperlembagaan, sedangkan baginda adalah panglima angkatan tentera.

“Jika (sesuatu) perang diisytiharkan, walaupun Agong adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera, keputusan untuk menyertai perang, selalunya dibuat oleh perdana menteri, Kabinet dan Menteri Pertahanan dan secara operasi, jeneral yang mengendali perang atau laksamana tentera laut.

“Jika Malaysia melakukan jenayah perang, orang yang boleh dikenakan dakwaan ICC (Mahkamah Jenayah Antarabangsa) ialah perdana menteri, Kabinet, menteri pertahanan, jeneral dan tidak sekali-kali Agong kerana baginda adalah raja berperlembagaan,” kata Thomas dalam penerangannya di forum awam, ‘Malaysia & Rome Statute’ yang berlangsung di Universiti Malaya, hari ini.

Pada 5 April, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Malaysia menarik diri daripada menandatangani Statut Rom berikutan kekeliruan politik dalam kalangan rakyat.

ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa pertama berasaskan perjanjian bertujuan menghapus kekebalan pelaku jenayah paling serius yang dianggap ancaman kepada masyarakat antarabangsa membabitkan jenayah penghapusan etnik (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang, dan jenayah pencerobohan.

Forum itu menampilkan anggota panel terkemuka, iaitu anggota kumpulan G25 Noor Farida Ariffin, pakar undang-undang perlembagaan Professor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet.

Menjawab pertanyaan semasa sesi soal jawab mengapa beliau (Thomas) dikatakan gagal meyakinkan Majlis Raja-raja agar menyokong kerajaan menandatangani triti itu, beliau berkata, beliau tidak ada bersama-sama 4 ahli akademik berkenaan semasa penjelasan mengenai Statut Rom ICC kepada Majlis Raja-raja.

Thomas berkata, jika mereka berlima hadir di bilik yang sama pada ketika itu, kedua-dua pihak tentu berpeluang mengulas mengenai pendapat masing-masing.

“Saya berpeluang mengulas pendapat mereka dan mereka mengulas pendapat saya… tetapi peluang itu tidak berlaku.” katanya.

4 ahli akademik itu turut dipersalahkan kerana dikatakan mengelirukan Majlis Raja-raja mengenai Statut Rom dengan membentangkan kertas yang berat sebelah mengenai triti itu.

Bagaimanapun, menurut penganjur, keempat-empat ahli akademik itu tidak hadir di forum hari ini walaupun mereka diundang untuk turut menjadi anggota panel. – Bernama – Majalah Review Malaysia

DIKEMASKINI: Jika Muhyiddin jantan undur diri BERSATU tak goyang – Tamrin Tun Ghaffar Baba

KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram

KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?

KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib

KLIK BACA: Analisis – Tun Mahathir PM cuma setengah penggal buat apa bertelingkah dengan Raja?

KLIK BACA: Mahkamah Khas boleh bicarakan Raja yang didakwa, kata Bekas Ketua Hakim Negara

The post Agong tak dibicarakan jenayah perang tapi PM, kata Peguam Negara appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

0 comments:

Post a Comment