Tuesday, 23 April 2019

#Informasi: Setahun Berlalu, Umat Islam Diserang, Di Sri Lanka..


PASUKAN keselamatan mengawal kawasan di wilayah Kandy, semalam.
PASUKAN keselamatan mengawal kawasan di wilayah Kandy, semalam. AGENSI


Umat Islam Diserang, Di Sri Lanka.. isytihar darurat 10 hari (07 Mac 2018 3:00 AM)
COLOMBO 6 Mac – Sri Lanka mengisytiharkan darurat selama 10 hari untuk meredakan rusuhan anti-Islam yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan merosakkan puluhan rumah serta masjid.
Kerajaan telah menghantar pasukan tentera dan polis elit ke wilayah Kandy dan daerah Taldeniya kira-kira 160 kilometer dari Colombo untuk mengawal keadaan selepas serangan dilakukan ke atas sebuah kedai milik penduduk Islam kelmarin.
Serangan itu tercetus berikutan kematian seorang remaja Sinhalese yang didakwa diserang oleh sekumpulan penduduk Islam dan polis dilaporkan telah menahan empat lelaki berhubung kes tersebut.
“Pada mesyuarat khas Kabinet, kami telah memutuskan un­tuk mengisytiharkan darurat selama 10 hari bagi mencegah penyebaran rusuhan kaum ke bahagian lain di negara ini,”
“Kerajaan juga memutuskan untuk bertindak terhadap mana-mana individu yang cuba menghasut dan mencetuskan keganasan melalui media sosial Facebook,” kata jurucakap, Dayasiri Jayasekara..
Penduduk Islam yang ditemu ramah melalui telefon berkata, beberapa serangan terhadap harta benda milik mereka berlaku selepas permulaan perintah berkurung yang berkuatkuasa pada kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan kelmarin.
Menteri kanan beragama Islam, Rauff Hakeem turut meluahkan kekecewaan terhadap se­­rangan yang hanya menyasarkan harta benda milik penduduk Islam.
“Kegagalan jentera dan pe­rintah undang-undang menjadi punca kepada masalah ini. Kerosakan itu tidak dapat dibayangkan jelas, sekali adalah jenayah kebencian,” katanya.
Sebelum serangan itu, polis menggunakan gas pemedih mata dan semburan air untuk me­nyuraikan penduduk termasuk sami-sami Buddha yang berkumpul berhampiran sebuah balai polis tempatan.
Pertembungan itu berlangsung seminggu selepas sekurang-kurangnya lima orang cedera dan beberapa buah kedai serta masjid rosak akibat diserang perusuh di timur Sri Lanka.
Tahun lepas, diplomat me­ngutuk keganasan terhadap umat Islam dan menggesa kerajaan menegakkan hak dan kebebasan beragama setelah lebih daripada 20 serangan ke atas penduduk minoriti itu dikesan. – REUTERS
Serangan bongkar krisis PM, Preside(24 April 2019 3:00 )AM)
AHLI keluarga meratapi pemergian mangsa yang terbunuh dalam serangan
COLOMBO 23 April - Krisis dalaman antara Pre­si­den Sri Lanka, Maithripala Sirisena dan Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe yang berlarutan sejak tahun lalu mencetuskan persoalan me­ngenai ‘kredibiliti’ kerajaan mengendalikan amaran sera­ngan ketika angka korban keganasan pada Ahad lalu meningkat kepada 321 orang.
Setakat ini, 40 suspek ditahan untuk siasatan dengan 375 mang­sa masih dirawat di hospital.
Channel News Asia melaporkan, Wickremesinghe dikatakan ‘digugur’ daripada taklimat risikan bersama Majlis Keselamatan mengenai serangan yang dipercayai didalangi kumpulan ekstremis tempatan.
Menteri Kesihatan, Rajith Se­na­ratne memberitahu, Wickre­mesinghe bukan sahaja tidak diundang menghadiri taklimat yang diadakan pada 11 April lalu malah tidak dimaklumkan me­ngenai amaran serangan itu.
“Apabila kami bertanya me­nge­nai laporan risikan, Perdana Menteri tidak tahu dan kami dimaklumkan Majlis Keselamatan mendapat arahan supaya tidak lagi memanggilnya untuk mesyu­arat majlis,” katanya.
Tindakan Sirisena ke luar ne­gara ketika kejadian turut menimbulkan persoalan pelbagai pihak dan pejabat Pre­siden ketika dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu bagaima­napun enggan memberi sebarang komen.
Senaratne menambah, anggota Majlis Keselamatan juga tidak mahu hadir ke mesyuarat tergempar yang diketuai oleh Wickremesinghe ketika Presiden tidak berada di dalam negara.
“Ini adalah pertama kali dalam sejarah negara, anggota Majlis Keselamatan tidak mahu hadir pertemuan dengan Perdana Menteri,” tambahnya.
Pada 26 Oktober lalu, Sirisena memecat Wickremesinghe seca­ra mengejut setelah didakwa berpakat untuk membunuh beliau. Bagaimanapun, Wickreme­singhe dilantik semula selepas dua bulan kemudian.
Dalam pada itu, dengan kematian 321 orang dan lebih 500 lagi cedera, serangan Sri Lanka itu mengatasi jumlah kematian serangan pengeboman mati di Bali dan dua serangan Mumbai sebelum ini.
Menurut laporan tersebut, jumlah mangsa terkorban dalam serangan Bali pada 2002 melibatkan 209 dengan 500 lagi ce­dera manakala dalam dua sera­ngan berasingan di Mumbai yang berlaku pada 2006 dan 2008 masing-masing dilaporkan 209 orang dan 170 orang.
Terdahulu di Parlimen, Timbalan Menteri Pertahanan, Ruwan Wijewardene mendakwa siasatan awal mendapati sera­ngan tersebut menunjukkan ‘balas dendam’ terhadap sera­ngan di dua buah masjid di Christ­church, New Zealand, bulan lalu. – AFP/AGENSI

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment