Saturday, 27 April 2019

#Informasi: Selamat Datang, Madinah Ramadan Di KB, 3,000 Kunjungi Setiap Malam.




KOTA BHARU: Madinah Ramadan yang menjadi lokasi tumpuan rakyat Kelantan setiap Ramadan dikunjungi kira-kira 3,000 penduduk termasuk pelancong setiap malam.
Program itu dianjurkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) turut diadakan majlis iftar dan sahur selama sebulan.
Selain itu sumbangan kepada fakir miskin dan armalah, program tautan kasih bersama anak-anak yatim, bicara al-Quran dan sains.
Dan hari ini Menteri Besar, Ustaz Dato' Ahmad Yakob merasmikan pelancaran Tabung Madinah Ramadan 2019.
Katanya kerajaan negeri memperkenalkan acara tahunan itu bagi memberi peluang orang ramai termasuk pelancong bertandang ke Madinah Ramadan.
"Kita buka kepada rakyat khususnya program yang dilakukan setiap tahun sempena Ramadan.
"Program ini secara tidak langsung memberi pulangan kebajikan kepada mereka yang menyumbang bagi majlis iftar dan sahur selama sebulan secara percuma, sumbangan kepada fakir miskin," katanya selepas majlis pelancaran tabung tersebut di Medan Ilmu hari ini.
Turut hadir Penasihat Undang-Undang Dato' Shahidani Abdul Aziz; anggota-anggota Exco Dr Izani Husin dan Dato' Mejar Md Anizam Abdul Rahman serta Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusof. - HARAKAHDAILY 26/4/2019


sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment