Wednesday, 24 April 2019

#Informasi: Rakyat Terengganu Jangan Panik, kata MBnya. Mungkin PM Yang Panik?



DR. Ahmad Samsuri Mokhtar. - UTUSAN ONLINE


KUALA TERENGGANU 25 April - Rakyat negeri ini dinasihatkan tidak panik dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan Terengganu 1911 terbatal hanya disebabkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagaimanapun kerajaan negeri memandang serius mengenai isu tersebut dan akan mengkaji serta meneliti maksud sebenar kenyataan Perdana Menteri.
Di samping itu, beliau juga akan mendapatkan maklumat terperinci daripada pakar perlembagaan dan undang-undang mengenai perkara berkenaan.
“Saya belum membaca kenyataan itu, tentunya, kita akan mendapatkan makluman jelas tentang apa yang sebenarnya dimaksudkan Perdana Menteri.
“Itu adalah interpretasi beliau dan kita akan teliti, namun peringatan saya kepada seluruh rakyat negeri Terengganu supaya jangan panik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Negeri sempena Konvoi Kembara Zakat 2019 Peringkat Kebangsaan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini malam tadi.
Semalam, Dr. Mahathir dalam laman blog beliau membangkitkan Undang-Undang Tubuh Johor 1895 dan Terengganu 1911 terbatal apabila Perlembagaan Persekutuan dibentuk pada 1957.
Perdana Menteri menerusi catatan dalam chedet.cc turut menjelaskan secara ringkas mengenai pembentukan Perlembagaan tersebut serta kegagalan mematuhinya akan menidakkan kedaulatan undang-undang. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu HasyimRakyat Terengganu jangan panik, kata MB Terengganu. Mungkin PM yang panik?

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment