Saturday, 13 April 2019

#Informasi: Rakyat Muak Politik Fitnah, Salahkan Orang Lain – Mohamad


xMGF13042019_UMUM-PEMENANG-RANTAU11-1-681x454
Datuk Seri Mohamad Hasan memeluk isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin selepas beliau diumum menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N. 27 Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. foto HAZROL ZAINAL, 13 APRIL 2019


SENDAYAN – Timbalan Presiden UMNO yang juga penyandang kerusi DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah sesuatu yang di luar jangka.
Malah beliau turut menyifatkan kejayaan yang amat selesa buatnya selepas 14 hari berkempen.
“Di tempat lain orang kata BN boleh mudah menang kerana banyakkan pengundi Melayu, tetapi di sini cuma kira-kira 53 peratus pengundi Melayu dan yang lain-lain pengundi India dan Cina,” katanya dalam sidang media selepas diumumkan sebagai pemenang PRK DUN Rantau sebentar tadi.
Mohamad menang selesa dengan majoriti 4,510 undi. Keputusan tersebut diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau Mohd Nizam Tajul Arus.
Sementara itu, tambah Mohamad, kemenangan BN di Rantau juga merupakan kemenangan hatrik selepas berjaya memenangi PRK di Cameron Highlands dan Semenyih.
“Ini merupakan kemenangan ketiga selepas kita berjaya mempertahankan kerusi Cameron Highlands, merampas kerusi Semenyih dan pada hari ini dapat pertahankan kerusi DUN Rantau.
“BN selepas akan terus menjadi parti yang menyemak prestasi parti kerajaan iaitu Pakatan Harapan (PH) yang kita tahu terdapatnya kelemahan pentadbiran yang ketara.
“Kita perlukan blok pembangkang iaitu BN, Pas dan parti-parti yang ada dalam Parlimen dan DUN untuk memeriksa dan menyemak kerajaan,” katanya lagi.
Mohamad turut berkata kemenangan selesa BN juga menunjukkan kepada PH bahawa rakyat menolak strategi kempen menyerang peribadi dan tohmahan.
“Memang banyak tuduhan peribadi yang dilemparkan kepada saya terutamanya juga kepada Datuk Seri Najib yang tak sudah-sudah seolah-olah beliau yang bertanding.
“Orang dah mula muak dengan politik menfitnah, menyalahkan orang lain kerana ia tidak akan ke mana-mana. Rakyat mahu dengar ke manakah arah tuju negara ketika ini, tapi asyik menuduh orang lain dan cakap kesalahan BN,” katanya lagi.
Hadir meraikan kemenangan Mohamad adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan dan beberapa kepimpinan BN. -MalaysiaGazette

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment