Tuesday, 16 April 2019

#Informasi: PH Lebih Terbuka Bila Serah Royalti




KOTA BHARU: Sikap kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap Kelantan dianggap serupa dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) kalau diukur aspek keterbukaannya.
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, sikap itu boleh berubah sekiranya kerajaan PH menyerahkan royalti petroleum kepada Kelantan.
Katanya, pembayaran royalti dianggap sebagai indikator penting bagi menilai tahap keterbukaan kerajaan Persekutuan.
“Bagi kita kerajaan PH dengan BN sebelum ini sama sahaja terhadap sikap terbuka terhadap Kelantan.
“Sebagai contoh soal royalti, jika tidak diberikan juga kepada Kelantan, PH sama sahaja dengan kerajaan BN dahulu,” ujarnya selepas menyampaikan ucaptama pada majlis solat hajat sempena Hari Sayyidatina Khadijah 2019 di Dewan Teratai hari ini.
Hari Sayyidatina Khadijah 2019 akan diadakan pada 23 hingga 27 Jun hadapan melibatkan delegasi beberapa negara termasuk Turki.
Solat hajat pada program berkenaan diimamkan anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan, Tuan Guru Nik Radzi Nik Mat. -HARAKAHDAILY 16/4/2019

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment