Monday, 29 April 2019

#Informasi: Pemandu AS Langgar Pejalan Kaki Disangka Muslim. Makin Teruk Perkauman Di AS.


Hasil carian imej untuk perkauman di AS

Insiden perkauman di universiti AS meningkat


LOS ANGELES 27 April - Seorang lelaki California yang sengaja melanggar sekumpulan orang mengakibatkan lapan cedera kerana menganggap mereka merupakan Muslim, menurut polis semalam.
Pemandu, Isaiah Peoples berusia 34 tahun dilaporkan menyasarkan kumpulan pejalan kaki berdasarkan penampilan mereka mengikut polis di Sunnyvale berdekatan San Francisco yang mengkategorikan ia sebagai kes ‘jenayah kebencian’.
Keselamatan Awam Sunnyvale dalam kenyataan berkata, terdapat bukti baharu bahawa Peoples secara sengaja menyasarkan mangsa-mangsa berdasarkan kaum yang mana suspek percayai mereka merupakan Muslim.
Laporan media tempatan menyatakan, tiga ahli keluarga terdiri seorang bapa dan dua anak antara lapan pejalan kaki yang cedera pada Selasa lalu.
Sementara itu, peguam Peoples memberitahu, insiden itu ‘jelas disebabkan masalah mental’ yang mana dia akan mendapatkan rawatan psikiatri kepada kliennya yang merupakan veteran tentera. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Makin teruk perkauman di AS. Itukah yang sedang diikut oleh PH di Malaysia?

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment