Monday, 29 April 2019

#Informasi: K'tan: Persidangan DUN Belia Catat Sejarah



KOTA BHARU: Kelantan mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Belia Kelantan yang berakhir semalam.
Persidangan itu akan diadakan dua kali setahun. Program julung kali tersebut disertai 45 belia yang mewakili kawasan Dun.
Perasmian disempurnakan Timbalan Speaker Dun Dato' Abdul Fattah Mahmood Sabtu lepas, yang turut membaca perutusan Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob.
Program itu dianjurkan dengan gandingan Urusetia Belia dan Sukan dan Pejabat Dun Kelantan.
Persidangan Dun Belia menerima cadangan ahli supaya diperluaskan program
Generasi Sejahtera Kelantan (Gentera) bagi membangun kepimpinan belia di Kelantan.
Selain itu memperkasakan program pembangunan belia bagi memperkukuhkan jati diri dan rohani belia.
Anggota parlimen Pasir Mas Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan Adun Chetok Zuraidin Abdullah bertindak sebagai speaker persidangan tersebut. - HARAKAHDAILY 29/4/2019

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment