Monday, 29 April 2019

#Informasi: Isu Hapus Status Agama Dalam KP. -Dr Muhammad Fathi Yusof


Hasil carian imej untuk hapus agama dalam i/c

KEWUJUDAN status agama dalam kad pengenalan adalah penting dari sudut undang-undang dan perlembagaan. Di antaranya adalah untuk urusan yang berkaitan dengan hak-hak istimewa orang Melayu di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu status agama juga membantu dalam urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang kekeluargaan. Misalnya dalam soal pendaftaran perkahwinan.
fathi top

Bagi penguatkuasaan undang-undang Islam pula, status agama amat memudahkan pihak penguatkuasa menjalankan tugas. Kita tidak mahu bukan Islam tersalah menjadi pihak yang ditangkap atas kesalahan syariah seperti makan di tempat awam sewaktu bulan Ramadan.
Tuduhan yang mendakwa maklumat status agama dalam kad pengenalan adalah satu amalan rasis amatlah melulu. Rasis adalah soal kebencian yang dibina atas dasar kaum. Mustahil semata-mata wujud maklumat agama, semua orang jadi pembenci. Ia hujah yang tidak masuk akal.
Perlu diingat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dibina atas kesepakatan pelbagai kaum. Antara kesepakatan yang telah diikat adalah beberapa keistimewaan yang berasaskan kaum seperti Perkara 153. Selain itu Islam adalah agama Persekutuan di bawah Perkara 3. Jadi kewujudan status agama sekadar untuk mengesahkan dan melaksanakan peruntukan Perlembagaan.
Adalah diharapkan agar kerajaan menumpukan soal kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara daripada menyentuh perkara-perkara yang sensitif dan boleh menimbulkan keresahan rakyat. Isu seperti status agama dalam kad pengenalan ini tidak seharusnya timbul. Ia sekadar untuk memudahkan pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang. Selama ini ia tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah pun.
DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
UTMKL
29 April 2019 – HARAKAHDAILY 29/4/2019


sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment