Tuesday, 16 April 2019

#Informasi: Di Bawah PH/DAP, Pencemaran Najis Babi PP Membimangkan..




Pencemaran najis babi di Tasek Gelugor membimbangkan
Masalah pencemaran najis babi di beberapa kampung sekitar Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang sudah berlarutan sejak 40 tahun lalu dilaporkan semakin memburuk dan didakwa mengancam kesihatan lebih 2,000 penduduk.

Pengusaha ternakan babi didakwa mengalirkan sisa buangan najis ternakan mereka ke dalam sungai di kawasan tersebut sehingga menyebabkan airnya menjadi hitam pekat dan berbau busuk.




"CAP bimbang dengan masalah ini dan jika dibiarkan bukan saja alam sekitar di kawasan berkenaan akan tercemar dengan lebih buruk lagi.

“Malah berbagai penyakit berbahaya mungkin di hadapi oleh penduduk-penduduk di sini pada masa akan datang,” kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tinjauan CAP mendapati keadaan bertambah teruk pada waktu malam dan ketika hujan di mana lebih banyak sisa najis babi dilepaskan oleh pengusaha terbabit.

Masalah itu juga menyebabkan sumber bekalan air untuk tanaman padi yang diusahakan oleh para pesawah di beberapa kampung berdekatan tercemar dan mengalami kerosakan.

Idris berkata, selain di Kampung Selamat, sekurang-kurangnya 400 pesawah di kampung-kampung sekitar iaitu Kampung Air Melintas Kecil, Kampung Air Melintas Besar,Kampung Permatang Berangan, Kampung Tok Bedu dan Kampung Kubang Menerong turut terjejas.

Seorang pesawah, Rahim Daud, 72 berkata, mereka mengalami gatal-gatal kulit bila terkena air yang tercemar itu.

“Kami di sini telah mengalami kerugian puluhan ribu ringgit akibat kerosakan tanaman padi dan kekurangan hasil berikutan ancaman pencemaran najis babi tersebut,” katanya.

Justeru, kata SM Mohamed, CAP berharap kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkuasa yang sewajarnya mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini.

"Jabatan Kesihatan perlu melakukan pemantauan secara berterusan bagi memastikan tidak ada sebarang penyakit berpunca dari pencemaran ini berlaku di kawasan itu,” katanya.

sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

0 comments:

Post a Comment